Kenapa biarkan bukan Islam semakin biadab?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

SEKALI lagi, sebagai umat Islam, kita seolah-olah dipaksa untuk menyaksikan keberanian luar biasa pihak tertentu menghina kesucian Islam.
Tindakan terbaru pasangan Alvin dan Vivian melalui Facebook rasmi milik pasangan itu, mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)…wangi, enak dan menyelerakan’ cukup dikesalkan.
Tetapi sekadar melahirkan kekesalan, berasa sedih dan meluahkan maki-hamun kepada pasangan ini tidak akan menyelesaikan masalah. Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama kita terpaksa melihat bagaimana wujudnya satu keberanian oleh individu-individu tertentu bukan sahaja menghina agama Islam tetapi juga orang Melayu.
Ia belum lagi mengambil kira bagaimana Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dihina dengan begitu teruk sekali oleh golongan bukan Melayu. Persoalannya, apa sudah jadi dengan agensi-agensi yang seharusnya bertanggungjawab menangani perbuatan biadab ini?
Kenapakah sekadar memerhati sahaja satu demi satu laporan polis yang dibuat? Siapakah yang harus dipersalahkan berikutan menularnya gejala yang dianggap boleh mengancam toleransi beragama di negara ini?
Anehnya, jika orang Melayu dilihat bertindak menyinggung perasaan bukan Islam, maka terpekik terlolong pelbagai pihak menggesa tindakan diambil. Tetapi apabila ia berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam, kes-kes yang dilaporkan seolah-olah didiamkan begitu sahaja.
Akibat kelemahan inilah ia memungkinkan wujudnya individu-individu biadab seperti Alvin dan Vivian atau sebelum ini Namewee yang pernah mempersendakan azan subuh. Mereka seolah-olah tidak takut dengan kemarahan umat Islam, sebaliknya mereka berasa bangga kerana boleh mengutuk dan menghina agama Islam.
Sebelum ini sudah terdapat banyak kes penghinaan yang dilakukan ke atas agama Islam orang Melayu dan raja-raja tetapi kesudahannya ia didiamkan begitu sahaja.
Walaupun laporan polis dibuat namun sehingga kini individu yang terlibat terus bebas melakukan perbuatan biadab mereka. Oleh itu pihak-pihak berkenaan tidak harus melenting jika ada yang menganggap agensi-agensi sedia ada dan bertanggungjawab menangani isu seumpama semakin hilang taringnya.
Kewujudan mereka hanya sekadar organisasi dan tidak berupaya melakukan apa-apa ke atas individu seperti Alvin dan Vivian mahupun Namewee.
Sama ada hendak diakui atau tidak, keberanian yang ditunjukkan oleh individu bukan Islam ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan agensi terlibat tetapi juga akibat daripada perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
Kita berpecah belah kerana politik, kita tidak boleh sekata kerana berbeza fahaman politik dan kita tidak boleh bersatu kerana perjuangan politik yang berbeza.
Keadaan itulah yang memungkinkan dari semasa ke semasa muncul individu-individu yang sewenang-wenangnya melakukan penghinaan ke atas agama Islam, orang Melayu dan institusi raja-raja.
Kita sudah bosan dengan amaran dan kita berasa muak dengan laporan demi laporan polis yang dibuat tetapi kesudahannya ia tidak membawa apa-apa erti.
Bagaimanapun dalam kes Alvin dan Vivian ini, ia seharusnya menyedarkan umat Islam bagaimana begitu mudah agama suci kita dihina dan ibadat kita dipersendakan.
Puak-puak seumpama itu akan terus dengan perbuatan gila mereka selagi umat Islam tidak bertegas untuk bangkit melakukan penentangan supaya tindakan tegas dikenakan.
”Terus-terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala singa di Singapura.
”Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,” tegas pengendali blog MyKMU.net.
Bukan kata pengendali blog tersebut, malahan keseluruhan umat Islam amat marah dengan tindakan biadab menghina agama Islam tetapi kuasa bertindak bukan di tangan mereka.
Sebaliknya ia terletak di tangan agensi-agensi yang diberi kuasa untuk bertindak. Tetapi malangnya kita melihat agensi-agensi berkenaan paling tinggi pun hanya menyatakan siasatan sedang dijalankan namun kesudahannya tiada apa-apa tindakan yang diambil.
Keadaan inilah yang memungkinkan, mana-mana pihak tidak berasa bersalah dengan perbuatan kurang ajar mereka. Malah mereka merasakan ia salah satu daripada kebebasan bersuara tanpa menyedari bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya.
Sebab itulah, kali ini umat Islam mahu melihat tindakan tegas diambil ke atas individu-individu terlibat. Sekarang bukan lagi masa untuk berkompromi apatah lagi memberi amaran.
Apakah peruntukan undang-undang sedia ada begitu lemah sehingga memungkinkan agama Islam boleh dihina dengan begitu teruk sekali?
Justeru kepada agensi-agensi terlibat, sedarilah bahaya yang sedang dimainkan oleh puak-puak biadab berkenaan.
Kita bimbang jika perbuatan menghina agama Islam dan orang Melayu dibiarkan, ia boleh mencetuskan perasaan marah yang tidak mampu lagi dikawal sehingga memungkinkan tercetus huru-hara dalam negara.
Penulis percaya ramai lagi individu bukan Islam yang tidak bersetuju dengan perbuatan menghina Islam tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa sekadar memberi peringatan supaya perbuatan berkenaan dihentikan.
Atas sebab itulah, kita mahu melihat pihak berkuasa menunjukkan ketegasan yang sebenar-benarnya dalam menangani isu ini.
Sampai bilakah kita harus melihat kelompok yang biadab dan tidak tahu menghormati toleransi beragama ini dibiarkan bebas begitu sahaja tanpa dikenakan apa-apa tindakan?
Justeru cara terbaik bagi meredakan kemarahan umat Islam ialah memastikan golongan yang tidak bertamadun itu dibawa ke muka pengadilan.
Kita tidak peduli jika akan ada parti-parti politik tertentu akan bersedia menjadi pembela mereka dengan menyediakan peguam-peguam kerana apa yang lebih penting tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada individu-individu lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Namun kita hanya mampu berharap, membuat gesaan dan melahirkan kekesalan, kesudahan yang mampu bertindak hanyalah agensi-agensi yang diberi amanah untuk berbuat demikian.
Janganlah terlalu berlembut, apatah lagi memikirkan risiko itu dan ini, jika tindakan tegas diambil, ia memandangkan seharusnya tidak ada pengampunan terhadap sesiapa juga yang menghina mana-mana juga agama apatah lagi agama Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan.
Percayalah, jika perbuatan biadab itu dibiarkan berterusan ia akan mengundang petaka kepada keharmonian kaum dan toleransi agama di negara ini.
Jika itu terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan sebaliknya bersedialah menyaksikan akibat buruk berikutan kelemahan agensi tertentu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kerana umat Islam tidak akan selama-lamanya mendiamkan diri jika agama suci kita terus dipersendakan. Oleh itu bertindaklah sebelum terlambat!
 

Kesabaran orang Islam kian pudar

Oleh NURUL ANUAR KARI

Namun, hinaan demi hinaan terhadap agama Islam semakin kerap dan banyak berlaku sama ada dalam kalangan rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik dan terkini oleh orang luar.
Kenyataan celupar Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini menyebabkan isu yang hampir reda itu kembali panas.
Ditambah pula sepasang kekasih berbangsa Cina menghina bulan Ramadan menyebabkan semakin ramai yang mempersoalkan apa yang akan dilakukan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun bilangan orang bukan Melayu yang berterusan menghina Islam kecil sahaja, tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, janganlah berterusan amaran demi amaran tanpa hukuman untuk mengingatkan orang biasa, pemimpin mahupun orang luar kedudukan Islam di negara ini.
Penghinaan beberapa individu ini boleh menyebabkan perbalahan besar antara kaum, masyarakat Islam juga dikhuatiri melihat kerajaan terlalu lemah dalam mempertahankan agama mereka sementara orang luar akan berterusan mempermainkan kedudukan Islam di negara ini.
Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Biro Sosiobudaya dan Warisan, Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar membantah keras campur tangan orang luar dalam hal-hal berkaitan agama Islam, khususnya oleh seorang wakil diplomatik.
“
Marino itu duta, patut utamakan hubungan diplomatik, bukannya jaga kepentingan agama dia sahaja. Perlu hormati keadaan di sini, Islam agama rasmi dan telah ditetapkan kalimah Allah tidak dibenarkan untuk orang Kristian.
“Saya setuju dengan beberapa cadangan dikemukakan pihak-pihak yang turut membantah sebelum ini, perlu bertindak tegas sama ada batalkan statusnya ataupun hantar balik sahaja,” tegasnya.
Tambah Abdul Latiff, jika dibiarkan perbuatan ‘kurang ajar’ sedemikian, orang lain akan melihatnya sebagai lesen besar untuk bermaharajalela menghina Islam tanpa pedulikan ia sensitif dan menyakiti umat Islam di seluruh negara.
Beliau berharap KDN akan betul-betul bertegas kali ini dan jangan terus bermain amaran dengan pihak-pihak yang mempermainkan kesucian Islam sama ada rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik mahupun warga asing.
“Perkara ini boleh menjejaskan pandangan orang di dalam dan luar negara terhadap usaha mempertahankan Islam iaitu agama Persekutuan yang perlu dilindungi kerajaan.
“Walaupun pelbagai peringkat telah tetapkan kalimah Allah eksklusif, tetapi masih ada mempermain isu ini tanpa mempedulikan bahaya apabila rasa tidak puas hati membuak dalam kalangan umat Islam,” katanya.
Menurut Abdul Latiff, negara lain seperti China dan Singapura tidak pernah berkompromi dengan isu sensitif seperti mempermainkan agama tetapi di Malaysia sudah ada yang berani hina Islam, apatah lagi orang itu bukan Islam yang bangkit dengan angkuh dan berani.
Beliau sedih melihatkan terlalu ramai yang mempersenda agama Islam tanpa provokasi kebelakangan ini dan dikhuatiri boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum dan agama.
“Ini bukan soal hak asasi, liberalisme dan kebebasan bersuara mereka untuk menghina Islam. Jangan ganggu dan permainkan agama kami kerana ia juga satu kesalahan dari segi undang-undang.
“Penguatkuasaan perlu kuat, jangan biarkan orang lain dengan mudah permainkan agama kita. Kes rogol atlet baru-baru ini dalam satu minggu sudah ditangkap, tetapi bila kes perkecilkan Islam lambat pula didakwa,” ujarnya.
Abdul Latiff turut mengingatkan pihak berkuasa khususnya KDN agar bertindak tanpa mengira kedudukan pihak yang menghina Islam itu atau hukuman berbeza-beza memandangkan undang-undang sudah ada untuk menyekatnya.
Tegasnya lagi, penguatkuasaan terhadap pihak yang menghina Islam setakat ini sangat lemah walaupun heboh didebatkan tetapi tindakannya lambat, kerap kali berterusan ‘dalam siasatan’ dan akhirnya tiada yang dibawa ke muka pengadilan.
“
Jika terus dibiarkan, makin lama semakin teruk mereka akan hina Islam. Jika rasa undang-undang yang ada lemah, gubal akta baharu tetapi pastikan siapa pun yang tidak patuh dan mempermainkan agama diambil tindakan segera.
“Ini sangat sensitif, jika terus-menerus senyap sahaja, lama kelamaan dikhuatiri kesabaran orang Melayu dan Islam akan meletup seperti gunung berapi,” katanya.
Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang Melayu.
“Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya.
“
Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama,” tegasnya.
“Jika secara ‘suka-suka’ mempermainkan Islam, boleh juga diambil tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu bertindak ‘kasar’ tentu mereka juga akan balas sama,” ujarnya.
Beliau melihat soal buta sejarah termasuk ‘Keluhuran Perlembagaan’ dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.
“Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.
“Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan antara kedua-dua belah pihak,” dakwanya.
Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal ‘dijatuhkan’ pada pilihan raya lalu.
KOMEN : BILA PEMIMPIN ATASAN KERAJAAN TERLALU NAK MENJAGA HATI KAUM LAIN HINGGAKAN HATI UMAT ISLAM DI PERLECEHKAN SESUKA HATI… ADAKAH PEMIMPIN2 KITA YANG MENGAKU ISLAM NI JENIAS MANUSIA YANG TAK ADA TELUR… ADA KUASA TAPI DENGAR ARAHAN ORANG LAIN… SIAPA MEREKA? BANYAK DAH CONTOH MENTERI YANG DAH TAK SUDI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM… CARILAH MEREKA?

JAWAPAN KEPADA SOALAN BODOH SI KAFIR YANG MENYAMAKAN KAABAH DENGAN BERHALA DARI BLOG KUTUKAN DEWATA

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?

 

mekah2


“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (” Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu’Alam.”)

Penghinaan pada Ramadan, berulang, berterusan

Oleh Hassan Mohd Noor

APAKAH juadah berbuka anda hari ini? Bubur lambuk, ayam golek, nasi Arab, ikan patin atau sekadar kuih muih. Di mana anda berbuka? Di rumah, di pejabat, di restoran atau di hotel? Biar apa pun menu berbuka anda pada petang ini dan di mana sahaja lokasi berbuka, sudah tentu perkara utama yang diberikan perhatian ialah soal makanan yang halal, selamat dimakan serta tidak memudaratkan kesihatan. Perkara ini sememangnya dalam pengetahuan umat Islam.
‘‘Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram)”- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Makanan dan minuman yang haram tentulah seperti babi dan minuman keras. Orang Islam malahan bukan Islam terutama di negara seperti Malaysia tentu faham perkara ini. Dalam soal makan dan minum, umat Islam amat menjaga halal haram ini. Walaupun ada ‘seorang dua’ yang tergelincir minum minuman keras, tetapi bab makan, mereka cukup berhati-hati supaya tidak termakan babi. Sikap berhati-hati ini akan lebih diberi perhatian ketika berada di luar negara. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan juga perlu menitik beratkan soal halal haram ini.
Malangnya masih ada segelintir manusia yang sama ada sengaja atau buat-buat tidak tahu mengenai perkara ini. Mereka tidak sensitif dengan halal haram dalam Islam. Mereka yang tidak bersekolah atau tidak belajar pun tahu membezakan halal haram. Tidak mungkin orang bukan Islam di negara ini tidak mengetahui orang Islam tidak boleh memakan daging babi. Malangnya, kadangkala ada yang belajar tinggi-tinggi tetapi fikiran mereka sempit. Maka tercetuslah idea pasangan bukan Islam Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan ini melalui akaun Facebook. Mesej dalam Facebook itu berbunyi Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh…wangi, enak dan menyelerakan.
Ucapan selamat berbuka puasa itu memang baik tetapi bukannya dengan makanan haram – bak kut teh atau sup tulang babi. Lebih parah lagi dengan menyertakan logo halal. Babi memang haram tetapi dilabelkan halal pula. Apakah perkataan yang sesuai dilabelkan terhadap perbuatan ini? Kurang ajar atau biadab? Perbuatan ini jelas mempersendakan Islam. Mereka secara jelas tidak menghormati kaum dan agama lain sehingga jika tidak dibendung boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.
Mereka juga mempermainkan logo halal yang menjadi panduan umat Islam untuk menentukan penyediaan makanan di sesebuah premis atau keluaran pihak pengeluar benar-benar halal. Adakah selepas ini, akan ada pihak yang sengaja menggunakan logo halal terhadap barangan keluaran mereka yang sebenarnya tidak halal?
Kenapa persendaan seperti ini masih berlaku dalam sebuah negara yang majoritinya penganut Islam? Adakah undang-undang kita terlalu longgar atau hukuman yang dikenakan terlalu ringan iaitu sekadar ‘memberi amaran keras’? Mungkin undang-undang yang ada sekarang tidak mampu mengajar anggota masyarakat kita untuk menghormati agama Islam. Mungkin juga pendidikan kita gagal menjelaskan isu-isu berkaitan menghormati Islam kepada bukan Islam sejak di bangku sekolah.
Umat Islam pada setiap masa diperintah supaya memakan hanya yang halal. Pentingnya pemakanan halal ditekankan melalui firman Allah SWT dalam al-Quran.
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu – Surah al-Baqarah ayat 168
Begitu juga dengan firman Allah yang bermaksud:
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepada mu, dan bertawaklah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya. – Surah al-Maidah, ayat 88
Selak ingin menyelak kembali peristiwa yang hampir sama berlaku pada bulan Ramadan sebelum ini. Bukanlah bertujuan untuk mengungkit perkara lama tetapi sekadar berkongsi rasa tidak senang dengan apa yang sedang berlaku dan akan terus berlaku. Mungkin ia akan berulang lagi dua tahun dari sekarang. Maka ketika itu seperti biasa, muncul pihak-pihak yang membuat kecaman dan laporan polis. Sampai ke mana kecaman dan laporan polis itu?
Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana iklan Ramadan yang ditarik balik penyiarannya di televisyen berikutan kononnya pengumuman khidmat masyarakat (PSA) itu berbaur hasutan. Dalam tiga klip iklan yang disiarkan, iklan tersebut memaparkan seorang perempuan Cina yang tidak menghormati bulan puasa dan dia digambarkan memakai pakaian seksi, tamak serta tidak beradab ketika mengunjungi bazar Ramadan. Iklan tersebut turut menyiarkan adab yang sepatutnya dilakukan oleh penganut agama lain bagi menghormati Ramadan. 
Begitu juga dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang menerbitkan satu sisipan khas bertajuk Ramadan Delights pada bulan Ramadan pada tahun 2011. Sisipan itu kononnya mahu menyediakan panduan untuk umat Islam berbuka puasa terutama di hotel dan restoran. Malangnya sama ada ia terlepas pandang atau sebaliknya, turut disiarkan gambar-gambar masakan daging babi panggang sebagai promosi berbuka puasa. Jika tidak silap ada juga iklan yang memaparkan satu jenama minuman keras pada sisipan itu.
Apakah maknanya siaran pada sisipan seumpama itu yang mungkin melibatkan sama restoran yang tidak halal?
Jelaslah, masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menjaga sensitiviti kaum dan agama. Iklan seumpama itu tidak akan menimbulkan kontroversi sekiranya ia berada di luar sisipan Ramadan. Malangnya iklan itu berkait rapat dengan promosi berbuka puasa termasuk di hotel bertaraf lima bintang. Di manakah silapnya? Adakah sekali lagi, mereka yang sudah lama tinggal di Malaysia ini tidak faham mengenai mana satu makanan/minuman haram atau halal?
Mustahil, mereka tidak memahami isu halal haram dalam kalangan masyarakat Islam.
Persoalannya apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang mempersendakan Islam seumpama ini? Sukar untuk menjawabnya. Apa yang pasti, melalui Facebook atau Twitter, agama Islam semakin dipersenda. Satu persatu perkara berkaitan dengan Islam dipersendakan termasuk penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW, isu azan subuh, bacaan al-Quran, kalimah Allah dan sebagainya.
Dalam menghadapi isu-isu ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil mereka yang terlibat. Mereka mungkin diberi amaran atau teguran. Mereka yang melakukan ketelanjuran itu sama ada sengaja atau tidak sengaja akan memohon maaf. Tidak lebih daripada itu. Selepas itu apa pula yang akan berlaku? Adakah episod seperti ini akan berulang pada Ramadan akan datang? Jika berulang, sekali lagi, mereka akan dikecam, kemudian dipanggil pihak berkuasa dan akhirnya muncul ‘kami memohon maaf’.