Tuanku Ismail dapat hadiah jet

01 Julai 2015 1:56 AM
SULTAN IBRAHIM dan Tuaku Ismail di samping pesawat peribadi yang merupakan hadiah hari keputeraan ke-31 Tuanku Mahkota Johor di hangar Lapangan Terbang Senai, Johor.
JOHOR BAHRU 30 Jun – Sempena hari keputeraan yang ke-31, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim difahamkan menerima hadiah mewah, iaitu sebuah jet peribadi daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, kelihatan Sultan Ibrahim merakamkan gambar kenangan bersama Tunku Ismail di depan pesawat peribadi tersebut di hangar peribadi baginda di Lapangan Terbang Senai.
Laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dibanjiri dengan ribuan komen daripada pengikut serta peminat yang memberikan ucapan selamat dan mendoakan kesejahteraan Tunku Ismail.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.
“Saya membuat keputusan setelah menerima pandangan dan nasihat Tuanku untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor,” kata Tunku Ismail.
Dalam entri terdahulu, Tunku Ismail meraikan sambutan hari keputeraan bersama beberapa pemain pasukan Harimau Selatan dan rakan-rakan baginda.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s