EURO 2016 : Belanda kalah, Depay digelar sebagai ‘penjahat James Bond’

09 September 2015 12:18 AM
Memphis Depay
LONDON – Memphis Depay menjadi sasaran kritikan bekas pemain antarabangsa Belanda, Willem van Hanegem ekoran prestasi buruk Belanda dalam kempen kelayakan Euro 2016.
Belanda tewas kepada Iceland dan Turki dalam dua perlawanan kelayakan sewaktu rehat antarabangsa, yang menyebabkan peluang mereka untuk layak ke Euro tahun depan terumbang-ambing, malah untuk menyertai perlawanan playoff sekali pun sukar untuk dijang­kau oleh skuad bimbingan Danny Blind kerana kempen kelayakan kini hanya berbaki dua perlawanan.
Beberapa pemain yang pernah beraksi dalam separuh akhir Piala Dunia 2014 sewaktu Belanda berada di bawah kendalian Louis van Gaal masih kekal bersama pasukan itu, tetapi mereka gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan.
Bekas pemain antarabangsa Belanda, Van Hanegem antara yang paling lantang mengkritik aksi buruk Oranje dan Depay antara pemain yang menjadi sasaran kutukannya apabila memberi gelaran pemain itu sebagai ‘penjahat dalam filem James Bond’.
“Terdapat beberapa pemain dalam skuad Oranje yang hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri sahaja. Misalnya Memphis, dia seperti Goldfinger dengan kasut emasnya. Tetapi apa kegunaannya untuk Belanda?
“Saya tidak peduli dia menyertai Oranje dengan memakai topi dan selendang. Apa yang dia lakukan di luar padang itu hak peribadi dia. Tetapi dengan memakai kain selendang dan berjanggut, dia dengan mudahnya boleh menyertai penduduk Amish di Amerika Syarikat dan menaiki kereta kuda,” katanya. – AGENSI

EURO 2016 : Roy Hodgson yakin Raheem Sterling mampu kumpul 100 cap

09 September 2015 12:17 AM
RAHEEM STERLING (kanan) berlatih bersama pemain pertahanan John Stones sewaktu sesi latihan England di London kelmarin untuk persediaan menentang Switzerland dalam kempen kelayakan Euro 2016. AFP
WATFORD, United Kingdom – Pengurus England, Roy Hodgson kagum dengan permulaan yang dipamerkan Raheem Sterling bersama Manchester City dan percaya pemain berusia 20 tahun itu mampu tampil 100 kali di peringkat antarabangsa.
Sterling berhadapan situasi sukar pada penghujung musim lalu terutama apabila pemain itu menolak tawaran melanjutkan kontrak dengan Liverpool sebelum menyertai City dengan harga 49 juta pound (RM 327 juta).
Kini penyerang tersebut menjadi antara tonggak utama City selepas mempamerkan permulaan yang baik dalam Liga Perdana Inggeris musim ini serta telah menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Watford dalam penampilan terakhir­nya dan kecemerlangan pemain itu membuatkan Hodgson teruja untuk memanfaatkan prestasi semasa Sterling dalam kempen kelayakan Euro 2016.
“Ini tahun yang besar untuknya. Dia akan menghadapi banyak lagi tahun penting: Perancis pada 2016 (Euro), Rusia pada 2018 (Piala Dunia), seluruh Eropah pada 2020 (pusingan akhir Euro pada 2020 akan berlangsung di seluruh Eropah) 2022 (Piala Dunia)…
“Itu adalah tahun-tahun penting, tetapi dengan usianya dia masih ada banyak masa untuknya. Saya yakin satu hari nanti dia akan memburu penampilannya yang ke-100),” kata Hodgson.
Dalam pada itu, kapten England, Wayne Rooney juga percaya Sterling mampu membantu Hodgson untuk membina pasukan masa hadapan yang berupaya meraih kecemerlangan.
“Anda dapat melihat bagaimana dia melakukannya. Saya juga percaya dia kini gembira kerana dapat berpindah seperti yang diinginkannya.
“Malah dia juga bermula dengan baik sekali bersama Manchester City.
“Apabila dia dapat apa yang diinginkan selepas menempuh situasi sukar, pasti akan memberikan kelebihan kepada kami kerana kegembiraan dirinya mampu membuatkan dia menghasilkan prestasi bagus bersama pasukan kebangsaan,” kata Rooney. – AGENSI

Jerman hampir ke Euro 2016

09 September 2015 12:17 AM
Thomas Muller (lima dari kiri) meraikan jaringan pertamanya untuk Jerman bersama-sama rakan sepasukannya ketika menentang Scotland di Glasgow semalam. Reuters
GLASGOW – Dua jaringan Thomas Muel­ler menjamin tempat Jerman sebagai pendahulu Kumpulan D selepas menewaskan Scotland 3-2 dalam kelayakan Euro 2016 di Hampden Park semalam.
Mueller menja­ringkan gol awal pada minit ke-18 melalui rembatan kaki kiri yang berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah David Marshall dalam perlawanan yang menyaksikan Jerman berjaya menyekat hasrat Scotland untuk menguasai perlawanan biarpun bermain di laman sendiri.
Bagaimanapun, jaringan sendiri Mats Hummels membolehkan skuad bimbingan Gordon Strachan menyamakan kedudukan pada minit ke-27 setelah bola melantun hasil sepakan bebas Shaun Maloney terkena pemain itu.
Bagaimanapun, Jerman kembali di depan menerusi tandukan Mueller tujuh minit kemudian tetapi tuan rumah sekali lagi me­nyamakan kedudukan menerusi percubaan James McArthur pada minit ke-43.
Bintang Bayern Munich, Mueller kemudian membantu pasukannya mendapatkan gol, tetapi kali ini sebagai watak pembantu apabila mengumpan kepada Ilkay Gundogan untuk gol ketiga Jerman pada minit ke-54.
“Seperti ada sesuatu di dalam diri mereka yang menggerakkan mereka untuk bermain dengan lebih baik, malah mereka juga boleh berbangga dengan persembahan baik pada perlawanan ini.
“Kami berjaya mengawal bola dengan baik untuk mendapatkan kemenangan yang memang kami impikan.
“Dalam masa sama saya juga bangga kerana kami kini sema­kin hampir untuk melangkah ke pusingan akhir di Perancis pada 2016,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. – AFP

Kelayakan Euro 2016: Jerman atasi Georgia 2-0

ISNIN, 30 MAC 2015 @ 9:27 AM
PEMAIN Jerman, Mesut Oezil (kiri) dan Marco Reus meraikan jaringan gol kedua ketika menentang Georgia dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AFP
TBILISI: Juara Dunia, Jerman menang mudah 2-0 ke atas tuan rumah Georgia dalam saingan kelayakan Euro 2016 dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit oleh Marco Reus dan Thomas Mueller cukup untuk memantapkan semula kempen dalam Kumpulan D.
Reus menjaringkan gol selepas 39 minit permainan dan disusuli Mueller untuk membolehkan Jerman yang sebelum ini tewas kepada Poland, menguasai permainan.
PEMAIN Georgia, Giorgi Chanturia (kiri) bersaing dengan pertahanan Jerman, Jonas Hector dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AFP
Kemenangan itu memberikan Jerman 10 mata daripada lima perlawanan, sama dengan pendahulu Poland serta satu lagi pesaing, Scotland.
“Melihat kedudukan dalam kumpulan sudah cukup untuk memahami situasi yang mendesak. Kami bermain dengan dinamik dan menguasai permainan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
PEMAIN Jerman, Mario Gotze (kanan) bersaing dengan pemain Georgia, George Navalovsky dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AP


Keputusan kelayakan Euro 2016

ISNIN, 30 MAC 2015 @ 8:09 AM
PARIS: Berikut keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung awal pagi tadi.
PEMAIN Serbia, Aleksandar Mitrovic (kiri) mengawal bola di depan pemain Portugal, Ricardo Carvalho pada perlawanan Kelayakan Euro 2016 di Stadium Luz, Lisbon awal pagi tadi. – Foto Reuters
Kumpulan D
Di Tbilisi
Georgia 0 – Jerman 2 (Reus 39, Mueller 44)
Di Glasgow, Scotland
Scotland 6 (Maloney 18-pen, 34-pen, S Fletcher 29, 77, 90, Naismith 39) – Gibraltar 1 (L Casciaro 20)
Di Dublin
Republik Ireland 1 (Long 90+1) – Poland 1 (Peszko 26)
Kumpulan F
Di Belfast
Ireland Utara 2 (K Lafferty 33, 38) – Finland 1 (Sadik 90+1)
Di Ploiesti, Romania
Romania 1 (Keseru 21) – Kepulauan Faroe 0
Di Budapest
Hungary 0 – Greece 0
Kumpulan I
Di Elbasan, Albania
Albania 2 (Mavraj 77, Gashi 81) – Armenia 1 (Movsisyan 4)
Di Lisbon
Portugal 2 (Carvalho 10, Fabio Coentrao 63) – Serbia 1 (Matic 61)
– AFP

Keputusan kelayakan Euro 2016

AHAD, 29 MAC 2015 @ 8:59 AM
LONDON: Berikut keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung, awal pagi tadi.
PEMAIN Wales, Aaron Ramsey (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Gareth Bale pada perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung, awal pagi tadi. – Foto Reuters
KUMPULAN A
– Di Astana
KAZAKHSTAN…… 0 ICELAND……. 3
Iceland (Gudjohnsen 20, B Bjarnason 32, 90+1)
– Di Prague
REPUBLIK CZECH……. 1 LATVIA……. 1
Re Czech (Pilar 90)
Latvia (A Visnakovs 30)
– Di Amsterdam
BELANDA……. 1 TURKI……. 1
Belanda (Huntelaar 90+2)
Turki (Burak Yilmaz 37)
KUMPULAN B
– Di Haifa
Israel……. 0 WALES……. 3
Wales (Ramsey 45+1, Bale 50, 77)
– Di Andorra la Vella
ANDORRA……. 0 BOSNIA & HERZEGOVINA……. 3
Bosnia & Herzegovina (Dzeko 13, 49, 62)
– Di Brussels
BELGIUM……. 5 CYPRUS……. 0
Belgium (Fellaini 21, 66, Benteke 35, Hazard 67, Batshuayi 80)
KUMPULAN H
– Di At Baku
AZERBAIJAN…… 2 MALTA……. 0
Azerbaijan (C Huseynov 4, Nazarov 90+2)
– Di Zagreb
CROATIA……. 5 NORWAY……. 1
Croatia (Brozovic 30, Perisic 54, Olic 66, Schildenfeld 87, Pranjic 90+4)
Norway (Tettey 81)
– Di Sofia
BULGARIA……. 2 ITALI……. 2
Bulgaria (Popov 11, Micanski 17)
Itali (Y Minev 4-og, Eder 84)
– AFP

Keputusan kelayakan Euro 2016

SABTU, 28 MAC 2015 @ 8:11 AM
PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata (kanan) bersaing dengan pemain Ukraine, Evgeny Khacheridi (kiri) pada aksi kelayakan Euro 2016 di Stadium Sanchez Pijuan, Seville, Sepanyol. – Foto EPA
PARIS: Berikut keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung, awal pagi tadi.
KUMPULAN C
Di Skopje
– MACEDONIA……. 1 BELARUS……. 2
Macedonia (Trajkovski m9)
Belarus (Kalachev m44, Kornilenko m82)
Di Zilina, Slovakia
– SLOVAKIA…….. 3 LUXEMBOURG……. 0
Slovakia (Nemec m10, Weiss m21, Pekarik m40)
Di Seville
– SEPANYOL…….. 1 UKRAINE……. 0
Sepanyol (Morata m28)
KUMPULAN E
Di London
– ENGLAND……. 4 LITHUANIA……. 0
England (Rooney m6, Welbeck m45, Sterling m58, Kane m73)
Di Ljubljana
– SLOVENIA……. 6 SAN MARINO……. 0
Slovenia (Ilicic m10, Kampl m, Andraz Struna m50, Novakovic m52, Lazarevic m73, B Ilic m88)
Di Lucerne, Switzerland
– SWITZERLAND……. 3 ESTONIA……. 0
Switzerland (Schaer m17, Xhaka m27, Seferovic m80)
KUMPULAN G
Di Vaduz
– LIECHTENSTEIN…….. 0 AUSTRIA……. 5
Austria (Harnik m14, Janko m16, Alaba m59, Junuzovic m74, Arnautovic m90+3)
Di Chisinau
– MOLDOVA……. 0 SWEDEN…… 2
Sweden (Ibrahimovic m46, m84-pen)
Di Podgorica
– MONTENEGRO mln RUSSIA
(Dihentikan selepas minit ke-66 akibat gangguan penyokong)
– AFP

EURO 2016 : Gol aksi sulung Kane bantu England belasah Lithuania 4-0

SABTU, 28 MAC 2015 @ 6:44 PM
PENYERANG Tottenham, Harry Kane (kanan) cuba memperdaya pemain Lithuania, Tadas Kijanskas pada aksi Kelayakan Euro 2016, di Wembley, awal pagi tadi. – Foto REUTERS
LONDON: Penyerang Tottenham, Harry Kane menjaringkan gol pada penampilan sulungnya, kurang dua minit selepas masuk sebagai pemain gantian ketika England membelasah Lithuania 4-0 pada aksi Kelayakan Euro 2016 di Wembley, awal pagi tadi.
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan England di tangga teratas Kumpulan E dengan kini mengumpul 15 mata maksimum selepas lima perlawanan.
Kane, 22, yang menjaringkan 29 gol dalam semua kejohanan musim ini bersama Tottenham masuk menggantikan kapten, Wayne Rooney pada minit ke-71 berjaya menanduk masuk gol keempat England, dua minit kemudian.
Terdahulu tiga gol awal England dijaringkan Rooney pada minit ketujuh, Danny Welbeck (45) dan Raheem Sterling (58).
“Ini permulaan yang saya impikan. Untuk melihat ia menjadi kenyataan, sesuatu yang menakjubkan.
“Ia mungkin satu detik yang membuatkan saya sedikit bingung tetapi saya gembira dan berasa bangga. Apa yang paling penting ialah kami mencatat kemenangan,” kata Kane.
England kini enam mata mengatasi dua pesaing terdekat, Slovenia dan Switzerland yang turut mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing, awal pagi tadi. – Reuters

Keputusan Kelayakan Euro 2016

SABTU, 15 NOVEMBER 2014 @ 8:19 AM
Kumpulan D
Georgia 0 Poland 4 (Glik 51, Krychowiak 71, Mila 73, Milik 90+2)
Jerman 4 (Mueller 12, 29, Goetze 38, Santos 67-og) Gibraltar 0
Scotland 1 (Maloney 75) Republik Ireland 0
Kumpulan F
Hungary 1 (Gera 84) Finland 0
Romania 2 (Papp 74, 79) Ireland Utara 0
Greece 0 Faroe Islands 1 (Edmundsson 61)
Kumpulan I
Portugal 1 (Ronaldo 72) Armenia 0
Serbia 1 (Tosic 4) Denmark 3 (Bendtner 60, 85, Kjaer 62). – AFP
PERTAHANAN Gibraltar, Josep Chipolina (kiri) melompat untuk mendapatkan bola daripada penyerang Jerman, Thomas Muller (tengah) dalam aksi kelayakan peringkat kumpulan Euro 2016 di Nueremberg, Jerman pagi ini. Jerman tewaskan Gibraltar 4-0. – Foto Reuters


EURO 2014 : Ronaldo ledak gol tunggal Portugal tewaskan Armenia

SABTU, 15 NOVEMBER 2014 @ 8:49 AM
CRISTIANO Ronaldo (tengah) bersaing dengan penjaga gol Armenia, Roman Berezovsky (kiri) dalam saingan kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi. – Foto AFP
FARO (Portugal): Cristiano Ronaldo meledak gol tunggal kemenangan Portugal ke atas Armenia 1-0, sekali gus kekal satu mata di belakang pendahulu Kumpulan I, Denmark dalam saingan kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi.
Gol Ronaldo hasil sepakan jarak dekat dihasilkan pada minit ke-72 permainan.
“Kami kini dalam keadaan sempurna dalam pusingan kelayakan ini. Denmark juga menang namun pasukan itu turut cemerlang ketika ini dan jika kita berjaya menang lagi, kita akan di tempat teratas,” kata Ronaldo.
“Jurulatih Fernando Santos sudah mampu melaksanakan sistem baharu, membawa pemain muka baharu dan saya fikir kami di landasan yang betul ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Nicklas Bendtner meledak dua kali untuk membantu kemenangan 3-1 Denmark ke atas Serbia.
Susulan keputusan itu, jurulatih Serbia dari Belanda, Dick Advocaat mengumumkan bahawa dia sedang menimbang untuk meletak jawatan.
PEMAIN Denmark, Simon Kjaer (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Nicklas Bendtner ketika menentang Serbia di Belgrade, awal pagi tadi. – Foto Reuters
Dalam pertemuan itu, Serbia memperoleh gol awal menerusi pemain sayap, Zoran Tosic yang melakukan rembatan deras pada jarak 12 meter pada minit ke-4.
Bendtner menyamakan kedudukan pada minit ke-60 diikuti gol kedua Denmark menerusi tandukan pemain pertahanan Simon Kjaer hasil sepakan percuma oleh Christian Eriksen dua minit selepas itu.
Bendtner kemudian menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-85.
Sementara itu, Perancis yang sudah melayakkan diri sebagai hos Euro 2016 nanti hanya mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Albania. – AFP
PENYERANG Portugal, Helder Postiga (kiri) berentap dengan pertahanan Armenia, Taron Voskanyan (tengah) dan pemai tengah Armenia, Karlen Mkrtchyan (kanan) dalam saingan kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi. – Foto AFP