Kadar tol 12 lebuh raya naik

Berkuat kuasa Khamis ini (15.10.2015)
MOHAMMAD YASIR JAAFAR | 13 Oktober 2015 1:12 AM
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya termasuk Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) hari ini mengumumkan penyelarasan kenaikan kadar tol di lebuh raya seliaan masing-masing, berkuat kuasa Khamis ini.
Penyelarasan struktur kadar tol itu dilakukan berikutan kerajaan memutuskan untuk menghentikan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi bermula Khamis ini.
Antara lebuh raya yang melakukan penyelarasan struktur kadar tol termasuk Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuh Raya Maju (Mex), Le­buh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk).
Penyelarasan struk­tur kadar tol itu turut melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Lebuh Raya Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Kenaikan kadar tol baharu itu ditetapkan mengikut kelas kende­raan seperti Silk antara 40 sen hingga RM2.40, Mex (20 sen hingga RM3), NPE (40 sen hingga RM2.10), Besraya (70 sen hingga RM1.30), Akleh (RM1 hingga RM6) dan SMART (RM1).
Yang turut meng­umumkan kenaikan tol ialah KLK antara 30 sen hingga RM3, Latar (50 sen hingga RM1.50), Guthrie (20 sen hingga RM1.50), LKSA (30 sen hingga RM1.50), Lekas (10 sen hingga RM2) dan DUKE (50 sen hingga RM1).
Menurut Naib Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi, penyelarasan itu dibuat hasil persetujuan bersama antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
“Sebenarnya pelan penstrukturan semula itu bertujuan mengembalikan semula pelaksanaan konsep pengguna bayar yang membawa maksud kerajaan tidak lagi akan membayar pampasan bagi menanggung jumlah kutipan tol syarikat konsesi.
“Pendekatan ini lebih adil kerana kadar baharu tol itu akan ditanggung sendiri oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan, sebagai contoh dahulu kadar tol sepatutnya RM1.20 tetapi pengguna hanya bayar RM1 kerana kerajaan terpaksa menanggung 20 sen,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s