22,320 jemaah haji ke Tanah Suci

ALIF FADLI MOHD. SORI | 13 Ogos 2015 1:30 AM
PENGARANG Berita Kanan 1 Utusan Malaysia, Rozaman Ismail pada Majlis Pelepasan Kumpulan Ketiga Petugas Haji Musim Haji 1436H di Kompleks TH, Kelana Jaya, semalam. – UTUSAN/Abdul Razak
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Sebanyak 64 penerbangan dari tujuh lapangan terbang di seluruh negara melibatkan 22,320 jemaah haji akan berlepas ke tanah suci Mekah sepanjang musim ibadah haji tahun ini.
Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bagi tahun ini, sebuah lagi stesen berlepas dibuka iaitu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan yang akan membawa 990 jemaah haji.
Menurut beliau, seperti tahun sebelumnya, Tabung Haji masih menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines bagi membawa 22,320 jemaah haji.
“Kuota bagi jemaah haji tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu 22,320 berikutan kerja-kerja pembangunan Masjidil Haram yang masih berjalan, jadi kita terpaksa mengurangkan kuota sebanyak 20 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengucapkan selamat jalan kepada 84 jemaah haji termasuk 22 wakil media daripada kumpulan ketiga petugas haji di Kompleks Tabung Haji sebelum mereka berlepas dengan pesawat MAS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Setakat ini, seramai 211 petugas haji telah berlepas ke Mekah bermula 3 Ogos lalu sebagai persiapan menyambut 22,320 jemaah haji yang akan tiba bermula 16 Ogos ini bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Dalam pada itu, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji turut menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan dan sentiasa berwaspada terutama dalam menghadapi cuaca panas yang dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius.
Katanya, mereka disaran sentiasa membawa payung atau mencari tempat berteduh semasa menunaikan ibadah haji bagi mengelak sebarang risiko yang boleh membawa kepada dehidrasi dan juga strok haba akibat suhu panas melampau di negara itu.
“Saya khuatir, sekiranya kesihatan jemaah haji terganggu, fokus mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu akan terjejas,” katanya.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s