Satu fakulti di lima universiti awam dipilih sebagai perintis iCGPA

10 Ogos 2015 5:15 PM
IDRIS Jusoh beramah mesra bersama tetamu yang hadir semasa majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, di Putrajaya hari ini. – Foto RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 10 Ogos – Sebuah fakulti di lima universiti awam akan dipilih sebagai perintis kepada pelaksanaan sistem penilaian pelajar baharu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, ia melibatkan kira-kira 300 pelajar baharu bagi kemasukan September 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Katanya penilaian meliputi sembilan aspek iaitu kefahaman akademik; kemahiran akademik; pemikiran kritikal dan saintifik; kemahiran berkomunikasi; kemahiran sosial, berkumpulan dan kemanusiaan; etika, moral dan profesionalisme; pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; pengurusan dan keusahawanan; dan kepimpinan.
Menurutnya, iCGPA dapat mengatasi masalah ketidaksepadanan antara kualiti graduan dan kehendak majikan memandangkan sistem sedia ada hanya mengukur kemampuan akademik pelajar.
“Kita sentiasa mendengar komen mahukan graduan yang holistik, mempunyai ciri keusahawanan dan seimbang. Inilah yang kita harap dapat lahirkan melalui iCGPA,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan sambutan Aidilfitri KPT, di sini hari ini.- BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s