Telefon ternipis

Galaxy A8 turut tampil dengan pengimbas cap jari
OLEH NUR FATIEHAH ABDUL RASHID | 10 Ogos 2015 2:01 PM
Duta untuk Samsung Galaxy A8, Juliana Evans menunjukkan telefon bimbit keluaran terbaru Samsung ketika pelancarannya di ibu negara baru-baru ini
Samsung Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dan melancarkan siri telefon pintar terbaharu mereka yang hadir daripada kelaurga peranti Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A8.
Telefon pintar berasaskan sistem operasi Android ini masih mengekalkan rekaan premium dengan kerangka bingkai logam yang berbentuk melengkung demi memberi genggaman lebih selesa kepada pengguna selain hadir dengan keistimewaan pengimbas cap jari.
Peranti ini dikatakan sebagai rekaan telefon daripada Samsung yang paling nipis dengan ketebalan 5.9mm mengalahkan telefon pintar ternipis sebelum ini dengan ketebalan 6.3mm.
Hadir bersama skrin lebih besar dengan saiz 5.7 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel, ia juga dilengkapi cip pemprosesan dengan skrin paparan Super Amoled yang dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragom 615 lapan teras.
Pengguna juga ditawarkan pilihan storan 16GB atau 32 GB dan boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD selain hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE.
Saiz binaannya yang lebih besar juga membolehkannya memuatkan bateri berkapasiti 3050 mAH dan menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka TouchWiz.
Bagi kamera pula, Samsung Galaxy A8 menggunakan kamera utama 16 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel dengan ciri-ciri lensa lebar yang boleh diaktifkan dengan pantas apabila menekan butang fizikal Home sebanyak dua kali.
Pengguna yang berminat untuk memiliki koleksi terbaharu ini boleh mendapatkan Samsung Galaxy A8 dengan harga RM1,888 di pengedar rasmi Samsung seluruh negara.
SAMSUNG GALAXY A8
Prosesor: Quad Core 1.8GHz + Quad Core 1.3 GHz
Paparan: FHD Super AMOLED 5.7 inci
Memori: 2 GB (RAM) + 32GB (Memori dalaman) dan micro SD 128GB
Dimensi: 158 x 76.8 X 5.9mm
Berat: 151 g
Bateri: 3050 mAH
Harga: RM1,888

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s