UMNO : ‘Tidak munasabah saya jatuhkan Perdana Menteri’

10 Ogos 2015 1:33 AM
MUHYIDDIN YASSIN (tengah) bersama Ikhwan Salim Sujak (kanan) dan Mohd. Fakhzan Md. Noor menyanyikan lagu rasmi UMNO dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara di Petaling Jaya, Selangor, semalam. BERNAMA
PETALING JAYA 9 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, selaku orang nombor dua dalam parti yang ditunjangi orang Melayu itu, adalah tidak munasabah untuk beliau berbuat demikian.
“Saya tidak ada komplot untuk tumbang Perdana Menteri dengan bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)… kedua-dua telah nafi dan saya tidak perlu nafi atau cakap kerana saya tidak terlibat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd. Fakhzan Md. Noor.
Muhyiddin berkata, beliau yang berada dalam UMNO selama lebih 40 tahun nekad untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden bagi meneruskan perjuangan membela orang Melayu.
Beliau seterusnya mengingatkan ahli UMNO terutama di Selangor supaya tidak mudah mengaku kalah untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Merujuk kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi UMNO, Muhyiddin berkata, ahli parti terutama sayap Pemuda perlu mengutamakan soal kepentingan perjuangan parti melebihi pangkat dan jawatan yang disandang.
“Tugas kita untuk selesai cari jalan isu-isu seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang selain dibebani masalah lain yang berlegar dan membawa beban,” katanya.
Kepada pimpinan Pemuda yang mempunyai idealisme baharu itu, beliau menasihatkan golongan itu supaya menggunakan platform yang tepat bagi mengutarakan isu dan pandangan selaras dengan perkembangan arus semasa.
“Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju, namun ia memerlukan komitmen keseluruhan kepimpinan terutama golongan muda yang berani dan tegas,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s