Mohd. Shafie 
akur dengan keputusan Najib

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 29 Julai 2015 1:29 AM
Mohd. Shafie Apdal menjawab panggilan telefon semasa hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Seri Sinar Aidilfitri 2015 Felcra Berhad di Dataran Wismi Felcra, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Kamal Basir Wahab
KUALA LUMPUR 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau selama ini memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi demi menguatkan parti.
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, apa yang dilakukan itu juga berlandaskan niat untuk meletakkan negara pada landasan yang sepatutnya.
“Sekiranya ini dianggap tidak selari dengan pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak maka itu adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri untuk membuat rombakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Shafie merupakan antara lima anggota Kabinet yang digugurkan selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri G. Palanivel; Datuk Seri Hasan Malek serta Datuk Dr. Ewon Ebin.
Ahli Parlimen Semporna itu mula menyertai Kabinet pada 1999 sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum berpindah ke Kementerian Pertahanan dan seterusnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna disusuli Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Sebelum memegang kedudukan Naib Presiden UMNO pula, Mohd. Shafie memulakan langkah politiknya dengan menjadi Exco Pemuda UMNO pada 1993, menjadi Ketua UMNO Bahagian Semporna serta Ketua Pemuda UMNO Sabah pada 1995 dan seterusnya muncul Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pada 2009, beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bersama-sama dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie menjelaskan, semenjak memegang jawatan dalam Kabinet, beliau telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik.
“Ini untuk memastikan kese­jahteraan rakyat terutamanya ma­syarakat luar bandar,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s