Kabinet dirombak?

28 Julai 2015 1:23 AM
KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013.
Difahamkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.
Antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Beliau yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertukar potfolio lain.
Difahamkan, seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaima­napun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan.
Seorang timbalan menteri juga disebut-sebut akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sekurang-kurangnya dua muka baharu dilantik sebagai timbalan menteri.
Rombakan Kabinet itu juga mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Datuk Seri G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar.
Kerusi menteri untuk kuota MIC itu berkemungkinan dikosongkan buat sementara waktu sehingga pemilihan semula MIC, September ini.
Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,”
Pada 12 Julai lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Shahrir Samad semasa mengulas spekulasi bakal dilantik menduduki semula Kabinet, menolak jawatan itu atas alasan masa beliau sudah berlalu.
Pada 12 Mei pula Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan satu senarai rombakan Kabinet seperti tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s