1MDB : Enam akaun bank dibekukan

Dipercayai terlibat kes dakwaan dana disalur ke akaun PM
SAIFULIZAM MOHAMAD | 08 Julai 2015 2:20 AM
PUTRAJAYA 7 Julai – Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan perintah pembekuan terhadap enam akaun bank pihak-pihak dipercayai terlibat dalam kes tersebut semalam.
Menurut kenyataan bersama pasukan berkenaan, mereka juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.
“Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.
“Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan bersama tersebut di sini hari ini.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan itu melibatkan empat pihak iaitu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Kenyataan itu bertujuan memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan itu sehingga kini.
Sabtu lalu, Abdul Gani berkata, sebuah pasukan petugas khas dianggotai SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia telah pun memulakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata Abdul Gani, pasukan petugas khas itu juga telah menyerbu dan mengambil beberapa dokumen penting milik syarikat SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd., pada 3 Julai lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s