SUKAN SEA 2015 : Malaysia raih kemenangan saguhati

11 Jun 2015 11:16 PM
SINGAPURA 11 Jun – Malaysia menamatkan kempen bola sepak Sukan SEA 2015 dengan menumpaskan Laos 3-1 di Stadium Bishan, sebentar tadi, kemenangan yang bagaimanapun tidak memberi sebarang makna kerana mereka sudahpun tersingkir daripada saingan separuh akhir.
Skuad Bawah 23 tahun negara menutup saingan Kumpulan B dengan memperoleh gol menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-42, diikuti jaringan Saiful Ridzuwan Selamat dan Syahrul Ibrahim pada minit ke-71 dan 81.
Laos terlebih dulu mengejutkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee apabila membuka jaringan seawal minit ke-22 menerusi Soukchinda Natphasouk.
Thailand, yang muncul juara Kumpulan B akan bertemu naib juara Kumpulan A, Indonesia dalam separuh akhir, Sabtu ini, manakala Myanmar berdepan Vietnam dalam satu lagi separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s