SUKAN SEA 2015 : Lelaki kita kecundang, wanita ke akhir

12 Jun 2015 1:01 AM
SINGAPURA – Skuad muda Indonesia meranapkan impian kem badminton negara untuk menamatkan kemarau 10 tahun tanpa pingat emas acara berpasukan lelaki Sukan SEA selepas ditunjukkan jalan keluar dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Tertutup Singapura semalam sementara skuad wanita berada selangkah lagi untuk muncul juara.
Kali terakhir Malaysia menang emas berpasukan lelaki ialah dalam Sukan SEA 2005 di Manila.
Kehadiran bekas pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ternyata belum cukup untuk menguatkan pasukan lelaki negara apabila tewas 2-3 kepada Indonesia yang menghantar pemain-pemain muda kali ini.
Perseorangan ketiga negara Mohamad Arif Ab. Latif, yang diharapkan untuk memberikan mata kemenangan selepas kedudukan terikat 2-2, gagal memikul tekanan untuk tewas 12-21, 20-22 kepada Ihsan Maulana.
“Pada awalnya saya masuk untuk bermain secara santai dan tidak mahu rasa tertekan tetapi semua itu hilang pada set kedua hingga hilang tumpuan kerana mahu menamatkan perlawanan dengan cepat.
“Saya pernah bertemu Ihsan Maulana sebelum ini dalam Terbuka Indonesia minggu lalu dan saya juga tewas pada perlawanan tersebut. Saya akui dia bermain dengan baik berbanding saya,” kata Mohamad Arif selepas tamat perlawanan.
Sebelum itu, Malaysia memulakan persaingan dengan baik apabila perseorangan pertamanya Chong Wei Feng menewaskan Christie Jonatan 21-18, 13-21, 21-15 untuk meraih mata pertama.
Bagaimanapun, kejutan berlaku dalam acara beregu pertama apabila Tan Wee Keong dan Goh V Shem tewas kepada Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama 17-21, 21-15, 17-21 sebelum Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menang 21-19, 21-10 ke atas Firman Abdul Kholik tetapi beregu kedua Mak Hee Chun-Teo Kok Siong kalah 10-21, 13-21 kepada Kevin Sukamuljo-Markus Gideon sebelum kekalahan Mohamad Arif.
Sementara itu skuad wanita negara menempah tempat dalam perlawanan akhir selepas menundukkan Indonesia 3-1 dalam aksi mendebarkan semalam apabila dua beregu dan seorang pemain perseorangan terpaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum meraih kemenangan.
Skuad wanita negara bermula dengan langkah sumbang apabila pemain perseorangan Tee Jing Yi tewas kepada Lindaweni Fanetri 12-21, 10-21 dalam tempoh 37 minit.
Selepas Vivian-Khe Wei meraih mata penyamaan selepas menang ke atas Awanda Anggia Shitta-Mahadewi Istirani 21-18, 19-21, 21-6, Ho Yen Mei meletakkan skuad negara di depan apabila menang 21-19, 11-21, 21-19 ke atas Hanna Ramadini dalam perseorangan kedua.
Beregu kedua negara, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Choo kemudian mencemaskan kem negara apabila tewas set pertama 15-21 ketika menentang Andini Suci Rizky-Giovani Maretha Dea dalam beregu kedua sebelum meraih kemenangan 21-19, 21-13 sekali gus mengesahkan kemaraan Malaysia ke perlawanan akhir. – UTUSAN
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s