kELAYAKAN PIALA DUNIA DAN ASIA : Misi tawan semula 
hati peminat – Safee

FADHILUL IZMEL ISHAK | 10 Jun 2015 1:59 AM
Safee Sali bersedia untuk membuat percubaan sewaktu sesi latihan Harimau Malaya di padang Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. UTUSAN/Farid Janudin
KUALA LUMPUR – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali menyifatkan perlawanan pembukaan kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia menentang Timor Leste esok adalah platform terbaik untuk skuad negara mengembalikan semula keyakinan peminat tempatan selepas kegagalan Harimau Muda dalam temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura.
Bagi Safee sudah menjadi lumrah pemain dalam skuad senior menerima tempias akibat kegagalan pasukan junior, oleh itu adalah penting untuk dia dan rakan-rakannya dalam Harimau Malaya membuktikan kemampuan sebenar mereka sekali gus memikat semula hati peminat tempatan.
“Saya sudah melalui berbagai kerenah serta mengalami sendiri keperitan itu namun tidak dapat dinafikan sudah menjadi lumrah kepada setiap pemain apabila pasukan junior gagal, mata akan beralih kepada skuad senior.
“Tetapi tidak mengapa sebab saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk membuktikan kepada peminat tempatan dengan mendapatkan tiga mata penuh pertama di halaman sendiri. Bagi saya secara tidak langsung ia juga menaikkan lagi semangat kepada setiap pemain untuk mencipta kejayaan,” katanya.
Dalam pada itu, Safee tetap waspada dengan ancaman yang mampu diberikan oleh Timor Leste pada Khamis ini kerana tidak pernah melihat pasukan itu beraksi.
“Memang kita risau kepada pihak lawan dan prestasi kita sendiri, secara peribadi saya tidak tahu taktikal pasukan lawan malah jarang bertemu dengan mereka. Saya juga risau kepada prestasi saya sendiri dan juga rakan sepasukan pada hari perlawanan.
“Kami telah mengkaji corak permainan Timor Leste (menerusi rakaman video) dan saya fikir persiapan yang kami lakukan cukup untuk menewaskan mereka walaupun mereka mempunyai pemain naturalisasi,” katanya lagi.
Difahamkan Timor Leste mempunyai enam pemain asal luar yang telah mendapat kerakyatan, salah seorang adalah bekas pemain import Selangor, Juninho Aparacido.
“Ketika bertemu Hong Kong tempoh hari, apa yang disuruh oleh jurulatih (Dollah Salleh) berjaya kami terapkan dalam permainan dan bagi saya masalah keserasian tidak timbul sebab sebelum ini pun kami pernah bermain bersama cuma ada beberapa muka baharu sahaja. Bagi saya tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s