SUKAN SEA 2015 : 8 tahun tidak beraksi, Sock Khim raih perak

05 Jun 2015 12:44 AM
NG SOCK KHIM melepaskan pukulan kencang ketika menentang Suthasini Sawaettabut dalam perlawanan akhir acara pingpong persorangan wanita Sukan SEA Singapura 2015 di Stadium Tertutup Singapura semalam. UTUSAN
SINGAPURA – Pemain perseorangan wanita negara Ng Sock Khim membuktikan dirinya masih lagi berbisa pada usia­nya 31 tahun apabila berupaya menghadiahkan pingat perak dalam acara pingpong Sukan SEA 2015 semalam selepas hampir lapan tahun tidak beraksi di temasya dwitahunan itu.
Sock Khim meraih pingat perak selepas bersaing sengit sebelum tewas dalam saingan akhir kepada lawan dari Thailand, Suthasini Sawettabut de­ngan keputusan 11-7, 5-11, 8-11, 11-9, 6-11, 11-9, 4-11.
Pingat gangsa dikongsi oleh dua pemain dari Vietnam, Hoang My Trang Mai dan Thi Nga Nguyen yang kecundang dalam separuh akhir.
Sock Khim jelas begitu kecewa kerana gagal meraih pingat emas setelah hampir melakukannya semalam apabila berjaya mengheret lawan sehingga ke set ketujuh.
“Saya banyak melakukan kesilapan hingga menyebabkan lawan mudah mendapatkan mata dalam perlawanan yang cukup mencabar itu.
“Thailand mempunyai ke­lebihan dalam perlawanan itu kerana mempunyai pemain muda yang hebat,” kata Sock Khim.
Kali terakhir Sock Khim menyertai Sukan SEA ialah pada 2007 di Korat, Thailand dan selepas itu tidak dapat menyertai temasya tersebut kerana kece­deraan lutut.
Di Korat, Sock Khim berjaya menamatkan kemarau 14 tahun tanpa pingat buat negara selepas menghadiahkan pingat perak menerusi acara yang sama.
Perak yang diraih semalam merupakan pingat kedua dimenangi skuad pingpong negara dalam edisi kali ini setelah meraih gangsa menerusi beregu wanita Ho Ying-Lee Rou You. 
– UTUSAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s