AFC : JDT tekad tewaskan Ayeyawady United

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 27 Mei 2015 1:26 AM
Safiq Rahim (dua dari kiri) bersalaman dengan ketua pasukan Ayeyawady, Min Min Thu selepas sidang akhbar perlawanan Piala AFC yang turut disertai Mario Gomez (kiri) dan Marjan Sekulovski di Johor Bahru semalam. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) bertekad untuk menamatkan perhitungan dalam tempoh 90 minit apabila bertemu pasukan dari Myanmar, Ayeyawady United dalam perlawanan pusingan ke­dua Piala AFC malam ini.
Ketua jurulatih JDT, Mario Gomez berkata, persiapan rapi dalam tempoh dua minggu membuatkan Harimau Selatan cukup bersedia untuk menghadapi pertembungan tersebut sekali gus melakar sejarah mara ke pusingan suku akhir Piala AFC.
Namun, Gomez berkata, ber­aksi di Larkin mampu memberikan tekanan tersendiri kepada anak-anak buah buahnya yang mahukan kemenangan di depan penyokong sendiri.
“Ayeyawady adalah sebuah pasukan yang hebat dan dibarisi gandingan penyerang import, Riste Naumov dan Edison Fonseca yang cukup berbisa dan bijak mencari peluang gol. Strategi pertahanan mereka juga tidak kurang hebatnya.
“Jadi, kami perlu bekerja keras untuk perlawanan kalah mati ini. Harap pemain dapat beraksi dengan baik dan tidak banyak kehila­ngan bola,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Gomez berkata, pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz yang kembali ke pangkuan JDT setelah hampir dua bulan meninggalkan Harimau Selatan akan disenaraikan dalam kesebelasan utama, bergan­ding dengan rakan senegara Luciano Figueroa di bahagian serangan.
Ketua pasukan Harimau Selatan, Safiq Rahim berkata, dia dan rakan-rakannya akan memberi tumpuan penuh sepanjang 90 minit perlawanan agar tidak membuat kesilapan yang membuka ruang buat pasukan pelawat mengambil kesempatan.
“Kami juga sudah bersedia sekiranya perlawanan diheret ke penentuan sepakan pe­nalti,” katanya.
Jurulatih Ayeyawady, Marjan Sekulovski pula berkata, pasukan­nya mengharapkan keajaiban untuk menang ke atas JDT yang disifatkannya antara pasukan terbaik di negara ini.
“Saya menyaksikan 10 perlawanan membabitkan pasukan JDT dan mereka bermain sangat bagus terutama menentang (kelab Hong Kong) Kitchee yang berkesudahan (JDT menang) 2-0. Malah mereka juga tidak pernah kalah di sini sejak September 2013,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s