JDT : Aidil Zafuan harap jadi pilihan Gomez

NURUL HUDA HASSAN | 26 Mei 2015 1:24 AM
Aidil Zafuan Abdul Radzak (kiri) bersemangat untuk membantu JDT yang akan menentang Ayeyawady dalam pusingan kedua Piala AFC di Johor Bahru esok walaupun baru pulih daripada kecederaan.
JOHOR BAHRU – Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak dinasihatkan berehat oleh pasukan perubatan kelab, tetapi dia sendiri bersemangat tinggi untuk beraksi apabila pasukannya menentang Ayeyawady dalam Piala AFC esok.
Kapten JDT itu baru sahaja pulih daripada kecederaan di kaki kiri yang dialaminya sewaktu perlawanan saingan Liga Super menentang Felda United. Dia telah mula berlatih bersama pasukan di padang Seri Gelam tetapi dinasihatkan agar berehat daripada perlawanan untuk memastikan dia pulih sepenuhnya.
Aidil Zafuan berkata, biarpun doktor memberi nasihat bahawa dia belum bersedia 100 peratus untuk beraksi, namun semangatnya untuk bersama rakan lain di dalam padang Stadium Tan Sri Hassan Yunos esok menentang kelab Myanmar itu.
Bagaimanpun, katanya, dia akan akur jika ketua jurulatih JDT, Mario Gomez tidak meletakkan namanya dalam senarai skuad esok.
“Saya sememangnya berharap dapat diberi peluang kerana secara peribadi saya mahu diturunkan dan beraksi bersama pasukan di hadapan penyokong serta peminat setia JDT sekali gus memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu.
“Saya sudah pun memulakan latihan dan selebihnya (keputusan diturunkan atau tidak) bergantung kepada jurulatih (Gomez) yang pasti tahu apa yang terbaik untuk pasukan,” katanya.
Pada masa sama, Aidil Zafuan berharap JDT dapat mencipta kemenangan dan melangkah ke pusingan seterusnya dan dia percaya rakan-rakannya akan berusaha keras untuk menang.
JDT, yang merupakan juara Kumpulan F, akan mara ke suku akhir jika mengatasi Ayeyawady, yang merupakan naib juara Kumpulan H dalam perlawanan pusingan kedua Piala AFC di Larkin esok.
Ini merupakan perlawanan pertama Gomez bersama JDT dalam kempen peringkat benua Asia sejak bekas penolong jurulatih kelab Valencia dan Inter Milan itu menggantikan Bojan Hodak pada penghujung bulan lalu.
Ini juga adalah perlawanan kedua untuk jurulatih dari Argentina itu dalam semua pertandingan setelah membimbing kelabnya kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Felda United 1-0 pada awal bulan ini.
Dalam pada itu Jorge Preyra Diaz, yang sebelum ini meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk menyertai kelab di Brazil sebelum kembali bersama JDT untuk beraksi dalam kempen Piala AFC, dijangka diturunkan pada perlawanan menentang Ayeyawady.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan di akaun Facebook JOHOR Southern Tigers sebelum ini berkata, kemasukan semula Diaz mampu mempertajamkan bahagian serangan JDT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s