Asus Zenfone 2

Versi yang ditambah baik
OLEH ASHRIQ FAHMY AHMAD ASHRIQ.AHMAD@UTUSAN.COM.MY | 18 Mei 2015 3:15 PM

Asus Zenfone 2
Buat pertama kalinya, Asus melakar sejarah dengan memperkenalkan telefon pintar baharu Asus Zenfone 2 bersama kelebihan RAM setinggi 4GB.
Dilancarkan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, Zenfone 2 direka khas buat mereka yang mementingkan prestasi serta gaya yang tersendiri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asus, Jerry Shen, pihaknya percaya teknologi yang terbaik perlu dikongsikan bersama masyarakat dan telah mengerahkan pakar mereka untuk menghasilkan gajet terbaik iaitu Zenfone 2.
“Kami amat teruja untuk membawakan Zenfone 2 kepada pengguna terutamanya di Asia Tenggara.
“Seperti mana siri sebelumnya, Zenfone telah memenangi pelbagai anugerah dan sehingga kini hampir 238 anugerah telah diterima oleh siri Zenfone,” katanya.
Bekerjasama dengan Intel juga menjadikan produk Asus semakin mendapat tempat dalam kalangan peminatnya.
Intel merupakan rakan strategik Asus dalam memastikan produk syarikat elektronik itu terus berkembang termasuk juga telefon pintar Zenfone 2.
Jelas Presiden Intel dan juga Pengurus Besar Wilayah Asia Tenggara dan Jepun, Robby Swinnen, keupayaan produk Intel sentiasa diakui dan salah satu buktinya adalah menerusi Asus.
“Zenfone 2 bakal membawakan pengalaman menarik dalam kalangan peminatnya menerusi pemprosesan khas Intel Atom 64 bit yang dibawakan oleh pihak kami,” katanya.
Turut memenangi anugerah 2015 iF Design Award, Zenfone 2 memiliki ciri-ciri premium serta spesifikasi yang terbaik berbanding dengan harganya yang ekonomik.
Direka agar selesa dipegang, telefon pintar tersebut memiliki reka bentuk yang egronomik bersama butang khas dibelakangnya untuk mengawal kadar suara.
Zenfone 2 juga dilengkapi bersama paparan seluas 5.5 inci hampir sama besar dengan saiznya menjadikan paparan yang diterima oleh pengguna amat memuaskan.
Gajet pintar itu juga didatangkan bersama sistem operasi termaju Android 5.0 Lollipop dan Asus ZenUI 2.0 bagi melancarkan segala operasinya.
Sebagai sebuah telefon pintar, penggunaan kamera sememangnya bukan lagi sebagai hiasan malah keperluan.
Kini, Zenfone 2 dilengkapi bersama 13 megapiksel (MP) kamera belakang dan 5MP di hadapan untuk merakam detik-detik indah pemiliknya sebelum dikongsi bersama rakan-rakan dalam laman sosial.
Menggunakan teknologi PixelMaster 2.0, kini pemilik telefon pintar tersebut mampu merakam imej terbaik biarpun di dalam cahaya yang malap.
Antara mod yang boleh digunakan bersama kamera tersebut adalah HDR iaitu penapis cahaya daripada kaca biru menjadikan Zenfone 2 salah satu telefon pintar terbaik dalam merakam imej pantulan cahaya (backlit scenes) seperti suasana matahari terbenam.
Namun, kelebihan sebenar Zenfone 2 adalah pada pemprosesnya iaitu 64-bit Intel Atom Super Quad Core setinggi 4GB RAM menjadikan gajet tersebut amat pantas ibarat komputer dalam proses memindahkan data serta pelbagai tugasan.
Antara aplikasi terbaik menerusi pemproses tersebut adalah sensitiviti serta kelancarannya ketika pengguna bermain permainan video.
Seterusnya penggunaan teknologi SonicMaster untuk memastikan kualiti bunyi yang terbaik diterima oleh peminatnya.
Berbanding siri sebelumnya, Zenfone 2 memiliki 38 peratus ruang audio yang lebih besar dan pembesar suara yang telah dinaik taraf dengan diagram dan bunyi yang lebih baik.
Malah, penggunaan aplikasi Audio Wizard membolehkan pemiliknya memilih enam mod yang bersesuaian dengan mereka menjadikan telefon tersebut benar-benar milikan peribadi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Asus Zenfone 2, layari laman web Asus di http://www.asus.com.my.
Spesifikasi
Asus Zenfone 2
Sistem operasi: 64-bit Android 5.0 Lollipop.
CPU/GPU: 64-bit Intel Atom Z3580/Z3560 Quad Core (2.3GHz/1.8GHz)
Paparan: 5.5 IPS 1920×1080 (HD penuh ) , 403 ppi (ZE551ML).
RAM: 64-bit dual-channel LPDDR3 4GB.
Simpanan: 16GB/ 32GB/ 64GB dan Asus WebStorage 5GB, SD kad mikro sehingga 64GB.
Kamera: hadapan – 5MP, Belakang -13MP.
Video: MPEG-4 sehingga 1080p, rakaman HD penuh, DivX, H.264, MPEG4, H.263,Xvid, 3GP.
Audio: Asis SonicMaster.
Jaringan: 4G LTE Cat4 untuk muat turun 4GB dengan kelajuan sehingga 150 Mbps.
Harga: Amtara RM639 hingga RM739.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s