HARIMAU MALAYA : Dollah lega dapat undian seimbang

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 15 April 2015 12:59 AM
DOLLAH SALLEH (kiri) berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas majlis undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2018 di Kuala Lumpur semalam. UTUSAN/Nasirruddin Yazid
KUALA LUMPUR – Harapan untuk melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 tampak bersinar selepas Harimau Malaya berjaya mengelakkan diri daripada diundi bersama gergasi-gergasi Asia dan berada dalam bersama-sama pasukan yang kekuatan masing-masing tampak seimbang dalam Kumpulan A semalam.
Kecuali Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menjadi pilihan dalam Kumpulan A, skuad kendalian Dollah Salleh itu berpeluang meraih sesuatu apabila bertemu Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste.
Dollah, yang ditemui selepas majlis undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, tampak tersenyum lega melihat carta undian semalam ke­rana skuadnya tidak akan berdepan dengan gergasi Asia.
“Apa yang saya boleh katakan kumpulan ini memang agak sukar namun yang penting kami dapat mengelak pasukan-pasukan seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Iran kerana jika tidak, memang sukar buat kami.
“Bertemu Arab Saudi dan UAE, harapan untuk mendapatkan tiga mata itu memang ada kalau bermain di tempat sendiri manakala mengenai Palestin serta Timor Leste, tahap mereka lebih kurang sama dengan kita.
“Saya berpuas hati dengan undian ini, yang saya bimbangkan adalah persiapan kita, kalau boleh saya mahu panggil pemain-pemain kita lebih awal kali ini supaya persiapan kita lebih tersusun, jangan sentiasa harapkan magis saya lagi seperti mana sebelum ini (dalam Piala AFF),” katanya selepas majlis undian semalam.
Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan membuka tirai Kumpulan A dengan berdepan Timor Leste pada 11 Jun di Bukit Jalil atau Shah Alam sebelum meneruskan aksi kedua di tempat yang sama menentang Palestin pada 16 Jun.
Hanya juara kumpulan dan empat pasukan terbaik di tangga kedua kumpulan mara ke pusingan ketiga kelayakan. Asia diperuntukkan empat slot automatik ke Piala Dunia 2018 manakala satu lagi pasukan perlu memenangi play-off dengan pasukan di tempat kelima benua Amerika Selatan.
Untuk kelayakan Piala Asia, 12 pasukan terbabit akan mengesahkan tempat secara automatik bersama UAE selaku tuan rumah, 11 lagi tempat akan menjadi rebutan antara 24 pasukan terbaik daripada saingan peringkat kumpulan.
Sebanyak 24 pasukan itu bakal bersaing dalam pusingan ketiga kelayakan yang akan dipecahkan kepada empat kumpulan, dengan 11 daripadanya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s