AFC : JDT rampas teraju Kumpulan F

MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 15 April 2015 12:58 AM
PENYERANG JDT, Luciano Figueroa (kanan) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Kitchee FA dalam perlawanan Kumpulan F, Piala AFC di Johor Bahru semalam. JDT menang 2-0. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU –Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk melangkah ke saingan 16 pasukan terakhir Piala AFC apabila berjaya menundukkan pendahulu Kumpulan F, Kitchee SC 2-0 dalam perlawanan timbal balik kedua semalam.
JDT kini merampas kedudukan pendahulu Kumpulan F dan akan bertemu East Bengal dari India pada 28 April nanti.
Keputusan tersebut menyaksikan JDT membalas kekalahan 0-2 mereka kepada Kitchee ketika berkunjung ke Stadium Mong Kok di Kowloon, Hong Kong bulan lalu.
Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan pantas menyu­sun gerakan namun pasukan tuan rumah ter­nyata lebih menguasai separuh masa pertama perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini.
JDT bermula pantas dengan mengasak kubu lawan seawal minit pertama perlawanan tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan pertahanan Kitchee.
Pemain import JDT yang kembali cergas selepas berehat daripada kecederaan, Luciano Figueroa tidak menunggu lama untuk meletakkan namanya selaku penjaring apabila berjaya membolosi gawang lawan setelah mendapat lorongan cantik daripada Safiq Rahim pada minit ke-17.
Rentak serangan pantas yang dipamerkan JDT gagal dikawal pasukan pelawat selepas pasukan tuan rumah terus menerus mengasak kubu lawan menerusi beberapa siri serangan tanpa dapat dibalas Kitchee.
Safiq mempamerkan permainan yang menarik dengan beberapa kali menguji pertahanan lawan sebelum berjaya menjaringkan gol ke­dua JDT hasil sepakan penalti pada minit ke-44.
Separuh masa kedua tidak me­nunjukkan terlalu banyak perbezaan apabila JDT dilihat mengekalkan penguasaan permainan dengan terus menyusun gerakan demi gerakan dalam usaha menambah jaringan.
Pasukan bimbingan Bojan Hodak hampir berjaya mendapatkan gol ketiga mereka menerusi larian menarik S. Chanturu pada minit ke-68 namun bola lorongannya di hadapan pintu gol berjaya dipatahkan pertahanan lawan.
Kitchee mula mempamerkan persembahan lebih garang dengan membuat beberapa gerakan berbahaya di hadapan gol pasukan tuan rumah namun masih gagal mendapatkan gol yang dicari.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s