LIGA SUPER : FELDA gigit jari; Perak, Selangor, JDT, Terengganu makin dekat

SABTU, 4 APRIL 2015 @ 11:59 PM
Oleh Wan Fakhrul Bakar Rizar Mohd Noor Faizol Azlan Razak Dan Asrol Awang
PENYERANG FELDA United, Edward Junior Wilson (tengah) diasak dua pemain pertahanan Perak ketika perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, malam ini. Perak menewaskan FELDA United dengan 4-1. – Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: FELDA United gagal merampas semula kedudukan tangga teratas Liga Super daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mereka tewas 4-1 kepada Perak di Stadium Selayang, malam ini.
Hari turut ceria buat Selangor, Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu yang masing-masing melakar kemenangan penting untuk terus mengejar pendahulu liga, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PEMAIN Selangor, Guiherme De Paula (kiri) bersaing dengan pemain Sime Darby, Yosri Derma Raj dalam aksi di Stadium Shah Alam malam ini. – Foto Goh Thean Howe
Selangor menewaskan Sime Darby 3-2 di Stadium Shah Alam manakala JDT menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di laman sendiri.
Pahang turut garang di Kuantan menewaskan Lions XII 3-2 dengan Terengganu membenam pasukan tetangga, Kelantan 2-1 di Kuala Terengganu.
PENYERANG Perak, Charles Souza Chad (kanan) meraikan gol kedua pasukannya ketika menentang FELDA United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, malam ini. – Foto Hasriyasyah Sabudin
Di Stadium Selayang, biarpun jaringan penyamaan Edward Junior Wilson pada minit ke-48 berjaya memadam gol pendahuluan Perak menerusi Charles Souza Chad seawal minit kelima, Perak garang menambah tiga lagi gol selepas itu.
Chad menambah gol kedua Perak pada minit ke-51 sebelum Namkung Woong meletakkan pelawat selesa mendahului 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-82.
Chad melengkapkan hatriknya apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk gol keempat Perak yang kini berjaya melonjak ke tangga kedua liga.
Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Selangor berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ketiga liga apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan pasukan tercorot, Sime Darby FC 3-2.
Selepas mendahului dua gol menerusi jaringan Andik Vermansah pada minit ke-54 dan Ahmad Hazwan Bakri, minit ke-59, kelekaan Selangor membenarkan Sime Darby merapatkan kedudukan hasil sepakan penalti Nemanja Vidakovic, minit ke-69.
Namun Selangor kembali lega apabila Robert Cornthwaite menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-78 sebelum pelawat sekali lagi membalas menerusi Dilshod Sharofetdinov pada masa kecederaan tetapi sudah terlewat untuk mengelak kekalahan kelima Sime Darby.
PEMAIN Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) cuba melepasi benteng pasukan Lions XII pada perlawanan di Stadium Darul Makmur. – Foto Farizul Hafiz Awang
Di Stadium Darulmakmur, Pahang mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Matias Conti pada minit ke-35, R Gopinathan (m-65) dan Azidan Sarudin (m-76) manakala gol pelawat menerusi Muhamad Faris Ramli (m-14) dan Khairul Nizam Zainal (m-90).
Sementara itu di Larkin, JDT bangkit menewaskan ATM menerusi Amri Yahyah pada minit ke-36 dan Safiq Rahim (m-57) selepas pelawat mendahului pada minit ke-22 menerusi Jerry Palacois.
PEMAIN JDT, Amri Yahyah (kanan) mengasak pemain pertahanan ATM, Mohd Riduwan Ma’on pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin. – Foto BERNAMA
Dua gol daripada Ismail Faruqi pada minit ke-50 dan Muhamad Shahrin Sapien (m-78) mengesahkan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan.
Gol sagu hati pelawat menyusul daripada Mohd Badhri Radzi, minit ke-75.

One thought on “LIGA SUPER : FELDA gigit jari; Perak, Selangor, JDT, Terengganu makin dekat

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI….Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI….Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s