Jangan main sentimen perkauman – Dr. Mahathir

Terima hakikat Malaysia negara berbilang kaum
MUZDALIFAH MUSTAPHA | 05 April 2015 2:19 AM
CYBERJAYA 4 April – Masyarakat harus menerima hakikat yang Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara berbilang kaum, justeru semua pihak perlu berhenti memainkan sentimen perkauman.
DR. MAHATHIR MOHAMAD ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali meluangkan masa bergambar bersama peserta forum Apa Yang Remaja Perlu Tahu anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya, semalam. BERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan sesetengah pihak menyokong usaha mereka yang memainkan sentimen perkauman akan hanya membawa negara berpatah balik ke zaman sebelum kemerdekaan.
“Formula untuk Malaysia terus berjaya adalah berkongsi. Saya akui ada yang tidak berpuas hati apabila terpaksa berkongsi. Kaum Cina perlu akui orang Melayu adalah majoriti dan kaum India adalah golongan minoriti, namun setiap kaum ada kebolehan ma­sing-masing.
“Contoh paling mudah, dalam sebuah pejabat, gaji seorang bos sudah tentu besar daripada tukang cuci pejabat, tidak mungkin gaji mereka sama. Tetapi pengurusan masih berjalan lancar. Begitu juga dengan Malaysia. Paling mustahak, kekalkan semangat perkongsian yang terpakai sejak dahulu lagi,” katanya.
Beliau berucap dalam forum ‘Apa Yang Remaja Perlu Tahu’ anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, pihak-pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman adalah kumpulan yang hanya suka berpolitik tanpa memikirkan implikasinya.
Beliau menegaskan, dengan hanya lima tahun lagi negara mencapai status negara maju, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah mendekatkan jurang antara golongan miskin dan kaya.
Jelas beliau, jurang antara ke­dua-dua golongan itu perlu ditangani segera dan salah satu daripada langkah yang boleh diambil adalah dengan mengelakkan konflik perkauman.
“Masyarakat perlu akui, orang Melayu kurang pakar dalam perniagaan dan yang mendominasi adalah kaum Cina. Orang Melayu hebat dalam industri pertanian. Ini yang saya sering tekankan, kongsi. Dengan berkongsi, kek ekonomi kita akan menjadi lebih besar, sekali gus dapat merapatkan jurang kemiskinan,” katanya.

One thought on “Jangan main sentimen perkauman – Dr. Mahathir

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI….Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI….Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s