POLITIK : Ahmad lepas jawatan Dewan Ulama Pas

13 Mac 2015 1:34 AM
KUALA LUMPUR 12 Mac – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melepaskan jawatan beliau sebagai pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.
Ahmad Yakob
Mengumumkan perkara itu, Ahmad berkata, keputusan itu dibuat berikutan pelantikan beliau sebagai Timbalan Mursyidul Am parti itu.
“Di atas amanah pelantikan sebagai Timbalan Mursyidul Am ini, maka dengan penuh hormat saya melepaskan jawatan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.
“Saya sangat berterima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu sepanjang saya mengemudi Dewan Ulama Pas Pusat sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Mengulas mengenai pelantikan beliau itu, Ahmad berkata, beliau menerima amanah dan tanggungjawab untuk memikul jawatan itu dengan penuh rasa rendah diri.
“Saya ditanya oleh banyak pihak tentang pelantikan sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas, dengan serba kekurangan yang ada pada diri ini dan di atas tanggungjawab parti, saya menerima pelantikan tersebut dengan penuh rendah diri.
“Sememangnya saya bukan yang terbaik untuk amanah jawatan tersebut dan saya mengharapkan sebagaimana harapan Saidina Abu Bakar al-Siddiq apabila menerima jawatan iaitu: “Sesungguhnya aku dilantik memimpin kamu dan aku bukanlah yang terbaik daripada kalangan kamu. Sekiranya aku melakukan yang baik bantulah aku dan sekiranya aku tersalah perkiraan maka perbetullah diriku”,” katanya.
Ahmad memangku jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama selepas kematian penyandangnya, Datuk Harun Taib yang meninggal dunia pada 25 Januari tahun lalu.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s