Dana 1MDB di Pulau Cayman telah dituntut

12 Mac 2015 1:36 AM
KUALA LUMPUR 11 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan baki dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sebanyak AS$1.103 bilion (RM4.078 bilion) yang dilaburkan di Pulau Cayman telah dituntut balik dalam bentuk wang tunai.
Perdana Menteri berkata, dana tersebut masih disimpan dalam bentuk mata wang Dolar Amerika Syarikat di BSI Bank Limited Singapura (BSI Singapura) di negara itu.
“Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperolehi bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat hari ini.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s