Parlimen mula bersidang tanpa Ketua Pembangkang

10 Mac 2015 12:59 AM
KUALA LUMPUR 9 Mac – Perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini berjalan lancar walaupun tanpa kelibat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat kali ini kerana sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Beliau menjalani hukuman itu sejak 10 Februari lalu setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Ketiadaan Anwar hari ini me­nimbulkan persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempatnya sebagai Ketua Pembangkang sepanjang Dewan Rakyat bersidang mulai hari ini sehingga 9 April depan.
Persoalan itu akhirnya terjawab apabila anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata kepada pemberita di lobi Parlimen bahawa beliau akan mengisi jawatan Ketua Pembangkang mulai esok.
Namun, pelantikan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang mungkin menyebabkan ada pihak meng­anggap jawatan tersebut dijadikan sebagai ‘warisan’ keluarga Anwar.
Sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang juga dilihat tidak memakai pakaian istiadat pada maj­lis perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Tindakan itu dikatakan ada kaitan dengan Anwar berikutan Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut tidak dapat menghadiri majlis tersebut hari ini selepas gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang terbabit turut menyatakan mereka berbuat demikian sebagai tanda solidariti dalam membantah keputusan mahkamah terhadap Anwar.
Memang tindakan mereka itu tidak dianggap sebagai satu ke­salahan, namun pakaian istiadat lazimnya dipakai oleh Ahli Parlimen apabila Seri Paduka berangkat ke majlis-majlis rasmi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, tidak semua wakil rakyat pembangkang menunjukkan solidariti dalam tindakan tersebut kerana Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dilihat memakai pakaian istiadat.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s