LIGA SUPER : Polis ‘tembak’ Kelantan

The Cops terus lakar kejutan
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB | 22 Februari 2015 12:31 AM
Pemain Kelantan, Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi asakan pertahanan PDRM, Onorionde Kughegbe dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam. The Red Warriors kalah besar 0-4 di depan penyokong sendiri. – Mingguan/Wahidin Salim
KOTA BHARU – Hanya seminggu selepas mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan mereka adalah ‘giant killer’ yang perlu diberi perhatian dalam saingan Liga Super musim ini apabila mem­belasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Kemenangan bergaya itu membolehkan skuad bimbingan Azman Adnan melonjak ke tangga ketiga liga, selain mencalarkan rekod dua kemenangan berturut-turut yang dicatat The Red Warriors sebelum ini.
Biarpun beraksi di depan lautan merah 25,000 penyokong setia The Red Warriors, malah turun selaku pendatang baharu Liga Super, The Cops tidak langsung gementar.
Pasukan pelawat dikejutkan dengan beberapa percubaan tuan rumah yang bermula garang di awal permainan, termasuk menerusi sepakan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria berjaya disekat pertahanan import PDRM, Onorionde Kughegbe di atas garisan gol.
Begitupun, asakan tersebut tidak menjejaskan tumpuan mereka, malah kebimbangan yang pernah disuarakan Kelantan mengenai kelincahan Ashfaq Ali menjadi ke­nyataan apabila penyerang Maldives itu membuka jaringan The Cops pada waktu kecederaan babak pertama.
Ashfaq yang bijak melepasi perangkap ofsaid berjaya merembat bola ke penjuru kanan pintu gol tuan rumah yang sama sekali gagal di­selamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, PDRM tidak me­nunggu lama untuk menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit- 53 apabila Khairul Fahmi menjatuhkan Ashfaq Ali.
Dramane Thaore yang dipertanggungjawabkan mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul Fahmi.
Ashfaq Ali terus membuktikan ketajaman penyudahnya dengan meledak gol ketiga pada minit ke-73, sebelum Mohamadou Sumareh melengkap malam penuh gemilang PDRM dengan gol keempat pada minit ke-85.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s