UiTM : Undur jika tidak mampu galas amanah Melayu

11 Februari 2015 1:26 AM
SHAH ALAM 10 Feb. –Mana-mana warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merasakan mereka tidak lagi mampu memikul amanah untuk melahirkan lebih ramai profesional Melayu diingatkan supaya berundur.
ARSHAD AYUB
Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub berkata, hal ini demikian kerana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu bertanggungjawab sepenuhnya untuk meramaikan siswazah yang mampu bersaing dengan kaum lain.
Beliau juga mengingatkan semua pihak yang diberikan tanggungjawab berkenaan supaya tidak mengkhianati amanah bangsa.
“Semua pihak tidak kira naib canselor, pensyarah atau mahasiswa perlu komited meneruskan agenda untuk mengeluarkan siswazah dalam kalangan bangsa Melayu dan Bumiputera yang mempunyai daya saing dengan bangsa-bangsa lain.
“Kita perlu ingat, UiTM bukan sembarangan universiti sebagaimana institut pengajian tinggi yang lain di negara ini. Mana-mana pihak yang saya sebutkan tadi jika merasakan sudah tidak mampu memikul amanah yang besar ini, saya sarankan agar berundur dan beri peluang kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2015 dan Konferensi Akademik di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar memberitahu, IPTA tersebut yang sudah melonjak dalam ranking universiti dunia bakal melalui transformasi dalam setiap aspek pentadbiran dan pelaksanaan kursus sedia ada.
“Hari ini saya membentangkan perutusan yang menyentuh tentang transformasi yang akan kita laksanakan bermula tahun ini bagi memastikan UiTM terus kekal relevan dalam menghasilkan mahasiswa yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran,” katanya.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s