Banjir terburuk dalam tempoh 62 tahun – Penduduk

18 Disember 2014 9:05 PM
SETIU 18 DIS. 2014 – Anggota bomba dan penyelamat membantu seorang warga emas, Abdullah Awang Besar,101, keluar ke penempatan banjir ketika operasi memindahkan mangsa banjir di Kg. Telaga Nibong, Jertih. – UTUSAN/Ihsan Bomba Dan Penyelamat
HULU TERENGGANU 18 Dis. – Banjir yang melanda di sekitar Kampung Kemat di sini disifatkan penduduknya sebagai bencana banjir yang paling buruk dalam tempoh 62 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd. Sahari Musa berkata, 137 mangsa daripada 49 keluarga terjejas akibat limpahan air Sungai Kemat di kampung itu.
“Banjir tahun ini memang paling buruk dalam tempoh 62 tahun sebab biasanya paling ramai pun hanya 12 keluarga dan 38 mangsa yang terjejas tapi kali ini bilangan mangsa meningkat mendadak dan terpaksa dipindahkan.
“Hujan lebat sejak Selasa dan petang semalam menyebabkan sungai mula melimpah dan kita mula memindahkan orang kampung yang terlibat dan pusat pemindahan terpaksa dibuka sejak 5 petang semalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena tinjauan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari petang ini.
Mangsa Ramlah Ahmad, 53, berkata, dia bersama dua anaknya terpaksa mengharungi air paras dada untuk berpindah apabila air mula memasuki rumahnya.
“Air masuk dalam rumah hingga paras paha, bila kakak keluar dari rumah ianya lebih dalam dan redah hingga paras dada.
“Selama 35 tahun kakak tinggal di sini, ini kali pertama kakak menghadapi banjir macam ini sebab rumah kakak terletak atas bukit dan memang tinggi dari kawasan rumah lain,” katanya.
Seorang lagi mangsa Rohaizawati Isa, 35, berkata, dia dan suami tidak sempat mengalihkan beberapa barangan dapur akibat air naik terlalu cepat.
“Kakak dan suami hanya memikirkan keselamatan anak-anak, kami bawa tiga anak ke pusat pemindahan dahulu… memang tak fikir pun pasal barang-barang sebab keselamatan anak-anak diutamakan dahulu,” katanya.
Rohaizawati berkata, beliau turut berterima kasih kepada Jailani yang datang melawat dan menghulurkan bantuan berupa tilam, selimut serta barangan makanan.
Pada tinjauan itu Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut melawat beberapa kampung lain yang terjejas banjir iaitu Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Menerong, Kampung Cheting serta Kampung Kua dengan menaiki bot serta bantuan lori Majlis Daerah Hulu Terengganu. – Bernama
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s