>Dr. M ketuai penerima anugerah UIAM

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan sumbangan besar beliau kepada pembangunan universiti berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Bersama Pemimpin anjuran persatuan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Selain Dr. Mahathir, Rektor UIAM yang pertama, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan pula menerima Anugerah Penghargaan Khas Alumni.

Sembilan lagi individu menerima Anugerah Tokoh Alumni iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Duta Bosnia ke Malaysia, Ensar Eminovic dan Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said.

Penerima lain ialah Pengarah Jabatan Pengetahuan Islam dan Produk UIAM, Prof. Dr. Ida Madieha Abdul Ghani Azmi; Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri, Prof. Datuk Dr. Khairil Annas Jusoh; usahawan, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff; Pengerusi Khairul Group Associates, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan logo rasmi Persatuan Alumni UIAM.

Sementara itu, Dr. Mahathir melahirkan rasa bangga beliau terhadap perkembangan UIAM yang kini banyak mencipta kejayaan.

”Begitu juga dengan alumninya yang ramai telah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta.

”Mungkin suatu hari nanti UIAM akan mampu melahirkan seorang Perdana Menteri di negara ini atau Presiden di sesebuah negara lain,” katanya.

Persatuan Alumni UIAM kini mempunyai cawangan di 13 negara dan sedang giat menjalankan pelbagai kempen untuk menambah cawangan baru.

Sehingga kini cawangan persatuan itu adalah di Thailand, Indonesia, Bosnia, Maldives, Australia, Singapura, Arab Saudi, China, Oman, Papua New

KOMEN : TAHNIAH TUN M. DAN PARA PENERIMA ANUGERAH SEMOGA SEGALA JASA ANDA SEKELIAN BERTERUSAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. KENAPA ANWAR ATAU ULAMA PAS TAK TERSENARAI? ADAKAH KERANA TAK ADA JASA?

Advertisements

One thought on “>Dr. M ketuai penerima anugerah UIAM

  1. >Tahniah Tun M…Jasamu Tetap No. 1 dan akan tertulis dalam sejarah sebagai pejuang yang disegani dalam dan luar negeri…Nik Ajis ngan Anuwar menang gak…sorang tu bahagian Tok Guru Kaki Kelentong, sorang lagi tu Pak Sheikh Ahlil Peliwatis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s