>BIODATA RASULULLAH SAW

>

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam’ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW – MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan…
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

>Dua pakar jenayah kemuka pendapat

>

KUALA LUMPUR: Dua pakar jenayah semalam mengemukakan beberapa teori berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu, selepas menjadi saksi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dr P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang bekas pegawai kanan polis yang enggan namanya disiarkan berpendapat ada dua kemungkinan membabitkan kematian Teoh, iaitu bunuh diri atau dibunuh.

Mereka mengemukakan beberapa teori yang boleh menjadi alasan jika Teoh membunuh diri, iaitu :

•Akibat mengalami tekanan mental selepas disoal siasat oleh SPRM selama lebih 10 jam sebagai saksi;

•Akibat perasaan marah dan kecewa yang amat sangat kerana tidak mempercayai ketelusan siasatan dilakukan terhadapnya atau hilang keyakinan sistem itu melindunginya sebagai saksi;

•SPRM menemui bukti yang boleh membabitkannya atau orang dikenalinya atau majikannya atau pemimpin parti politik yang disiasat dalam satu perlakuan jenayah;

•SPRM menemui sesuatu mengaibkannya atau keluarganya atau kenalannya dalam komputer riba dirampas mereka daripada mangsa;

•Rasa bersalah selepas membuat pengakuan ketika disoal siasat yang boleh mengaitkan orang yang disiasat atau orang dikenalinya; dan

•Menerima ancaman atau ugutan terhadap nyawanya atau keluarganya kerana mangsa dikatakan saksi penting SPRM.

Kedua-dua mereka juga tidak menolak kemungkinan Teoh dibunuh, sama ada ditolak dari bangunan itu atau dikejar seseorang sehingga mangsa melompat sendiri kerana ketakutan atau dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dicampak ke bawah.

Ia berdasarkan pandangan mereka, Teoh adalah saksi utama siasatan kes membabitkan salah guna dan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kedua-dua pakar itu yakin Teoh tidak mati ketika disoal siasat berdasarkan kenyataan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang terserempak dengan mangsa jam 6 pagi, iaitu kira-kira dua atau tiga jam sebelum Teoh dikatakan mati.

Sundramoorthy berkata, seseorang yang berada dalam keadaan tersepit akan cuba melakukan yang luar biasa.

“Ada kemungkinan mangsa tidak ditolak secara fizikal tetapi terpaksa terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri akibat dikejar seorang atau lebih, yang tidak mahu beliau mendedahkan sesuatu mengenai kes yang disiasat,” katanya.

Bekas pegawai kanan polis pula menolak teori mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak ke situ berdasarkan kepada kedudukan mayat mangsa ketika ditemui.

Komen : Daripada pendapat diatas, nampaknya apa yang dilaung2kan oleh pakatan rakyat atas kematian insan ini semuanya konspirasi kerajaan BN. Bagi mereka terjah dulu, buat andaian yang SPRM dan Polis Malaysia adalah pasukan yang tidak boleh dipercayai. Bila siasatan menuju kearah parti mereka, sekali lagi itu semua adalah konspirasi Kerajaan BN, umpamakan meraka tak pernah buat salah, orang mereka baik2 belaka walaupun terkenal dengan lagak gangster dan penyamunnya…suka berdemonstrasi dan menganggu ketenteraman awam merupkan satu kejahatan…Nampaknya sasaran mereka jauh menyimpan dari yang diharapkan…yang pasti ada orang2 yang dah kepanasan dan ketakutan…Kenapa perlu merasa takut jika diri tidak bersalah? Siapa yang makan cili terasa pedasnya…

>’Hakim perlu berintegriti, tak memihak’

>

IPOH: Selagi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, telus dan terbuka, tiada mahkamah boleh menyalahkan kerajaan, melainkan ada hakim yang hilang integriti, memilih berpolitik atau bersimpati dengan kumpulan atau pemikiran politik, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah, ujian utama dan paling berat bagi hakim adalah memiliki sifat tidak memihak atau tidak berat sebelah terutama dari segi emosi dan kecenderungan.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan peranan badan kehakiman yang profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak perlu di-pertahankan.

“Hakim mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan integriti mahkamah dan jika mereka gagal memenuhi amanah itu, akan berlakulah ketidakseimbangan.

“Kesetiaan hakim adalah kepada keadilan yang bersandarkan undang-undang dan dalam memenuhi tanggungjawab itu, hakim terdedah kepada penilaian umum kerana telah dibina mekanisme pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi, dengan panel hakim yang lebih ramai untuk menyemak sesuatu penghakiman yang dibuat,” titah baginda merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dalam ucapan baginda, Sultan Perak juga menegaskan pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan sentimental bangsa, tetapi Raja turut mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang dalam memperkukuhkan institusi demokrasi.

“Selaku ketua negara, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan.

“Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa,” titah Raja Azlan.

Baginda bertitah, peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.

“Oleh itu, Raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan berlandaskan undang-undang. Namun, Beta pernah mengingatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan. Bezanya, satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan.

“Tetapi, adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan. Peranan sebenar Raja Pemerintah jauh mengatasi apa yang tersurat dalam perlembagaan,” titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, Profesor Vernon Bogdanor dalam bukunya bertajuk The Monarchy and the Constitution menghuraikan Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak iaitu hak menyampaikan nasihat dan pandangan, hak memberi galakan dan dorongan serta hak memberi peringatan dan teguran.

Sehubungan itu, titah baginda, Raja Pemerintah tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika ketiga-tiga hak itu berjaya dikendalikan secara bijaksana dan berhemah.

Komen : Kepada Hakim2 yang telah berjaya mempertahankan integriti, tidak memihak kepada pihak2 perosak negara, tidak berpolitik semasa menjalankan tugas sebagai yang lebih arif dan tidak tunduk pada tekanan mana2 pihak diucapkan syabas dan tahniah. Tapi adalah lebih baik kalau hakim2 ini dapat mengurangkan kes2 tertangguh atau sesuka hati menangguhkan kes2 atas sebab2 yang kekadang tak masuk akal. Dengan cara itu hakim2 kita akan lebih dihormati kerana bertindak tegas tanpa memihak kepada mana mana pihak yang berkepentingan demi mempertahankan perlembagaan dan perundangan Negara.