Ahli Pas P. Pinang yakin dinasti Lim sokong hudud

PULAU PINANG 21 April – Ahli-ahli Pas negeri ini berpegang kepada keyakinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng bersetuju dengan hasrat pelaksanaan hukum hudud.
Ahli Pas Balik Pulau, Halim Mustafa berkata, perkara itu bukan rahsia dalam kalangan ahli Pas negeri ini terutama di kawasannya memandangkan sama ada Kit Siang mahupun Guan Eng tidak pernah menyatakan pendirian menolak pelaksanaan hukum tersebut.
Tambah beliau, tidak seperti bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh yang berterus terang mengenai pendiriannya, kedua-dua anak beranak itu sebaliknya tidak pernah menyatakan penentangan terhadap pelaksanaan hukum itu dalam kebanyakan ceramah mereka.
“Disebabkan itu, ahli-ahli Pas di negeri ini cukup yakin Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya menyokong agenda pelaksanaan hukum hudud Pas dan kita sangat gembira dengan pendirian mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar mendakwa, dia difahamkan kedua-dua pemimpin DAP yang jawatan mereka belum disahkan itu pernah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud kepada pemimpin-pemimpin Pas.
Malah, menurut beliau, kepemimpinan Pas negeri juga diberitahu oleh Guan Eng mendiang Karpal menolak pelaksanaan hudud atas pendirian peribadi, bukannya pendirian DAP.
Ditanya sama ada Kit Siang atau Guan Eng pernah menyatakan pendirian rasmi mengenai sokongan mereka, Halim berkata, dia tidak pernah mendengar kedua-dua pemimpin berkenaan menyatakan sedemikian.
Walau bagaimanapun, tambahnya, kedua-dua pemimpin itu pernah ditanya perkara berkenaan dalam satu mesyuarat terbuka, namun tidak dijawab atas alasan tidak termasuk dalam agenda mesyuarat tersebut.
Sementara itu, dalam meyakini dinasti Lim bersetuju dengan hukum hudud Pas, Halim turut melahirkan rasa hairan kerana ahli-ahli DAP di negeri ini pula berpendirian sebaliknya.
Menurutnya, daripada apa yang disampaikan ahli-ahli DAP, sama ada Kit Siang mahupun Guan Eng tidak pernah bersetuju dengan hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.
“Ini sebenarnya menimbulkan pertanyaan kepada ahli-ahli Pas mengenai apakah sebenarnya pendirian Kit Siang dan Guan Eng.
“Adakah mereka bersikap talam dua muka dan sedang menipu ahli-ahli sendiri?” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140422/po_02/Ahli-Pas-P-Pinang-yakin-dinasti-Lim-sokong-hudud#ixzz2zaSXKf1O  © Utusan Melayu (M) Bhd

 KOMEN : MASIH ADA LAGI UMAT PAS YANG SANGGUP DI KENCING…

Kim Swee masih mencongak nasib

Ong Kim Swee memberi penerangan kepada pemain-pemain kebangsaan pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. – UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN
PETALING JAYA – Pada mulanya Datuk Ong Kim Swee hanya dijang­ka mengendalikan dua perlawanan selaku jurulatih sementara Harimau Malaya, namun sehingga kini masih tiada tanda-tanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan jurulatih tetap dalam masa terdekat.
Situasi itu nyata membebankan Kim Swee kerana terpaksa menggalas dua tugasan serentak kerana tugas hakiki beliau adalah menjaga skuad Harimau Muda A yang dipersiapkan untuk menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, September ini.
Bagi Kim Swee, beliau tidak menafikan perkara itu memang sentiasa difikirkan, selain mengakui ha­nya bersedia memikul dua tugasan itu untuk jangka masa pendek dan bukan satu tugasan tetap.
“Apa yang saya boleh lakukan, saya hanya menunggu sebarang arahan sahaja daripada pihak atasan, semuanya bergantung kepada keadaan dan saya rasa tiada sebarang masalah jika bersifat jangka pendek.
“Kalau saya terpaksa melakukan kedua-dua tugasan bagi jangka panjang, saya rasa kami kena duduk semeja untuk berbincang. Saya tidak boleh memberi tumpuan kerana terlalu banyak pasukan yang perlu saya tengok.
“Saya hanya boleh membuat satu kerja sahaja, bukan satu tugas mudah jika saya menjadi jurulatih kebangsaan tetapi dalam masa sama kena memantau perjalanan Harimau Muda A, B dan C,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM pada sesi latihan sulung Harimau Malaya bagi berdepan Filipina, 27 April ini di Cebu.
Selepas gagal mendapatkan ­khidmat bekas pengendali Jepun, Phillippe Troussier, FAM terus berteka-teki soal pemilihan jurulatih bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal yang tidak disambung kontrak pada 31 Disember tahun lalu.
Seramai 16 daripada 23 pemain menghadirkan diri pada hari pertama dengan Junior Eldstal memohon pelepasan ekoran menyelesaikan masalah peribadi serta pemain Kelantan dan Selangor yang akan beraksi pada perlawanan terakhir Piala AFC.
“Junior ada maklumkan pada saya yang dia ada masalah keluarga tetapi dia akan datang melaporkan diri pada bila-bila masa dan saya memberi kebenaran kepadanya, harap dia akan cepat datang menjalani latihan.
“Sementara para pemain Kelantan dan Selangor, saya harap mereka tidak mengalami sebarang kecederaan pada perlawanan terakhir dan saya perlu bersedia sebarang kemungkinan.
“Jika keadaan memerlukan, saya akan memanggil mana-mana pemain lain yang tidak berada dalam senarai menunggu kerana ini satu tugasan yang cukup penting kerana membawa nama negara,” katanya.
Dalam masa sama, Kim Swee mempertahankan tindakannya tidak memanggil penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha kerana berasakan lebih selesa dengan barisan pemain sedia ada.
Namun, beliau tidak mahu mengaitkan itu sebagai satu bentuk hukuman kepada pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu kerana gagal menghadiri latihan sebelum ini.
“Saya tidak membawanya ketika pergi ke UAE (berdepan Yemen) dan ketika menentang Filipina di Stadium Selayang kerana cukup yakin dengan pemain-pemain lain.
“Jika dia berfikir begitu (meng­hukum), terpulang kepadanya, saya tidak mahu komen,” katanya.
Tambah Kim Swee, berdepan Fi­lipina bukan satu misi yang mudah bagi mendapatkan kemenangan kerana pasukan kendalian Thomas Dooley ini bukan sebuah skuad belasahan di rantau Asia Tenggara.
“Bukan sesuatu yang senang bagi mendapatkan aksi persahabatan ketika saingan liga masih rancak berlangsung di kebanyakan negara dan kita bertuah kerana Fi­lipina menjemput kita,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140422/su_02/Kim-Swee-masih-mencongak-nasib#ixzz2zaHJIk7L  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PERJANJIAN SYAITAN – Hudud perlu persetujuan DAP

KUALA LUMPUR 21 April – Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya.
“Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah.
“Di bawah pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar,” katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://limguaneng.com hari ini.
Beliau menambah, dasar bersama dan manifesto pembangkang tidak memuatkan pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam.
Jelas Guan Eng, ketetapan itu telah dipersetujui oleh kesemua parti pembangkang.
Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
Walau bagaimanapun, DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam pembangkang konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud malah baru-baru ini, seramai 38 Ahli Parlimen dari DAP menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkenaan.
Mereka juga akan melobi 46 Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berpegang kepada perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan pembangkang pada 2011 yang antara lain menyatakan tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140422/po_01/Hudud-perlu-persetujuan-DAP#ixzz2zaDVAri3  © Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : SIAPA YANG BENAR???? PAS ATAU DAP ? PKR TOLAK LONGKANG…